Belum jumpa sudah ada kelebihan, kelab Jepun bakal tempang jumpa JDT kerana miliki pemain Israel


  • Podium
  • Sabtu, 16 Ogos 2025

Neta Lavi dijangka tidak boleh beraksi menentang JDT kerana kerakayatan dimilikinya.

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) sudah mengetahui nasib mereka dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) selepas undian fasa liga (league phase) dibuat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat.

JDT diundi bertemu Buriram United, Melbourne City Sanfrecce Hiroshima dan Chengdu Rongcheng untuk perlawanan di tempat lawan.

Sementara Vissel Kobe, Shanghai Port, Machida Zelvia serta Shanghai Shenhua akan berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

BACA LAGI: 'Patut hukuman lagi berat', keputusan penganjur liga amatur Perak sekadar gantung pemain bikin ramai meradang

BACA LAGI: Pernah dilabel lebih hebat berbanding Arif Aiman, sayangnya Messi-Neymar Malaysia 'karam' angkara cedera dan konsistensi

Walaupun pertandingan belum dimulakan, namun JDT seakan sudah menerima satu kelebihan menentang Machida Zelvia.

Hal ini kerana, salah seorang pemain kelab Jepun itu iaitu Neta Lavi merupakan warganegara Israel.

Memandangkan Machida akan berdepan JDT di Malaysia, Lavi dijangka akan berdepan kesukaran untuk memasuki negara ini kerana kerakyatan dimilikinya.

Ia disebabkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, termasuklah pendirian teguh negara yang menyokong pembebasan Palestin.

Berkemungkinan besar, Machida perlu meninggalkan Lavi di Jepun dan tempang apabila berdepan JDT.

Lavi merupakan pemain baharu yang dibawa oleh Machida dengan dia direkrut dari Gamba Osaka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram