ACL2: Belum tiba masanya Gergasi Merah jalan 'berkepak', mendabik dada


  • Podium
  • Sabtu, 16 Ogos 2025

Selangor perlu serius dalam cabaran mereka di ACL2.

SELANGOR FC sudah mengetahui nasib mereka dalam undian Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) selepas undian peringkat kumpulan dilakukan pada Jumaat.

Diletakkan dalam kumpulan G bersama-sama Bangkok United, Lion City Sailors dan Persib Bandung, Selangor tidak perlu bergerak jauh kerana semua lawan mereka adalah kelab Asia Tenggara.

Walaupun merupakan kelab Asia Tenggara, Selangor tidak wajar mengambil mudah cabaran ketiga-tiga kelab.

BACA LAGI: Ramalan ChatGPT: Pertembungan Nusantara antara Selangor-Persib berpotensi berlaku di ACL2

BACA LAGI: ACL2: Selangor diuji finalis musim lepas, anak buah Hodak dan kelab 'template' Sabah

Bangkok United

Merupakan lawan terkuat Selangor di atas kertas, Bangkok United merupakan kelab berada dalam Balang 1 sebelum diletakkan di kumpulan G.

Merupakan satu daripada tiga wakil Thailand di ACL2 selain BG Pathum United dan Ratchaburi, Bangkok United layak ke ACL2 selepas meraih tempat kedua Thai League 1 musim lalu.

Bangkok United harus diberikan perhatian apabila berdepan Selangor.

Dibarisi pelbagai pemain handalan seperti Kyoga Nakamura dan Seia Kunori, mereka turut dikuatkan dengan bintang Thailand seperti Thitiphan Puangchang yang menerajui bahagian tengah.

Malah, mereka turut mempunyai penyerang handalan Thailand, Teerasil Dangda yang boleh mengucar-kacirkan pintu gol Selangor.

Lion City Sailors

Satu lagi lawan yang tidak boleh diambil mudah oleh Selangor adalah berdepan juara Singapura iaitu Lion City Sailors (LCS).

Malah, mereka bukan saja merupakan juara Singapura, sebaliknya LCS merupakan pasukan disegani di Asia selepas mereka menjadi finalis kepada ACL2 musim lalu.

LCS merupakan finalis ACL2 musim lalu.

Ditunjangi pelbagai pemain berkualiti seperti Maxime Lestienne, Lennart Thy serta Hami Syahin.

Selangor juga bakal berdepan pemain mereka sendiri iaitu Safuwan Baharudin, ia pasti menjadi perhatian sama ada dia boleh diturunkan menentang Gergasi Merah atau tidak.

Persib Bandung

Walaupun Persib Bandung diletakkan dalam Balang 4, mereka mungkin kelab paling menarik perhatian Selangor untuk bertemu.

Penyokong Selangor pastinya tidak sabar untuk bertemu juara Liga Super Indonesia ini dengan kedua-dua kelab mempunyai peminat fanatik.

Persib Bandung merupakan juara Liga Super Indonesia.

Selangor akan berdepan Persib Bandung yang ditunjangi oleh Bojan Hodak, bekas pengendali Kuala Lumpur City FC semasa di Malaysia.

Gergasi Merah juga bakal berdepan pemain-pemain yang sudah biasa di Liga Super seperti Saddil Ramdani serta Luciano Guaycochea. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram