ACL2: Selangor diuji finalis musim lepas, anak buah Hodak dan kelab 'template' Sabah


  • Podium
  • Jumaat, 15 Ogos 2025

Selangor bakal berdepan tiga kelab gergasi Asia Tenggara dalam saingan ACL2.

SELANGOR FC berdepan cabaran getir apabila diundi bersama gergasi Asia Tenggara dalam majlis undian Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) pada Jumaat.

Dalam majlis undian yang diadakan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat, Selangor diundi bertemu Bangkok United, Lion City Sailors dan Persib Bandung di peringkat kumpulan.

Lion City Sailors merupakan finalis edisi musim lepas sementara Persib Bandung dikendalikan jurulatih yang bukan asing dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, Bojan Hodak.

BACA LAGI: Ramalan ChatGPT: Pertembungan Nusantara antara Selangor-Persib berpotensi berlaku di ACL2

BACA LAGI: Cemerlang kawal tengah jumpa JDT, Selangor didesak ambil semula jeneral import dipinjam NSFC

Selain kedua-dua kelab itu, Bangkok United yang merupakan pencabar utama Liga Thailand musim ini juga mencuri tumpuan apabila mempunyai corak jersi (template) serupa dengan satu lagi kelab Liga Super iaitu Sabah FC.

Undian kali ini tidak memerlukan Selangor untuk bergerak jauh ke bahagian Asia Timur seperti Korea Selatan atau Jepun atau pun ke Australia.

Berikut merupakan undian penuh bagi ACL2 musim 2025/2026

Zon Barat

  • Kumpulan A: Al Wasl, Esteghlal, Al Muharraq, Al Wehdat
  • Kumpulan B: Al Ahli SC, PFC Andijon, FC Arkadag, Al Khaldiya
  • Kumpulan C: Sepahan, Al Hussein, Mohun Bagan, Ahal FC
  • Kumpulan D: Al Nassr, Al Zawraa SC, FC Istiklol, FC Goa

Zon Timur

  • Kumpulan E: Beijing FC, Macarthur FC, Tai Po, Cong An Ha Noi
  • Kumpulan F: Gamba Osaka, Nam Dinh, Ratchaburi, Eastern FC
  • Kumpulan G: Bangkok United, Selangor, Lion City Sailors, Persib Bandung
  • Kumpulan H: Pohang Steelers, BG Pathum United, Kaya FC-Iloilo, Tampines Rovers

Saingan peringkat kumpulan akan bermula pada 15 September. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram