
DEMI memastikan tahap kompetitif pasukan terus berada di tahap tinggi, Selangor FC memastikan skuad keduanya, Selangor FC II yang beraksi di Liga A1 dibantu oleh pemain senior.
Ia dapat dilihat apabila pengendali Selangor II, Christophe Gamel mendapat sentuhan dua pemain senior Gergasi Merah.
Dua pemain tersebut adalah Fazly Mazlan dan Syahir Bashah.
BACA LAGI: Barisan serangan sudah 'upgrade', Penang ada ramuan jadi ‘suprise package’ Liga Super
BACA LAGI: Walau diragui, DNA import Nigeria tetap jadi taruhan Perak kejutkan Kedah
Kedua-dua pemain tersebut merupakan watak senior dalam skuad Liga Super Selangor dengan Fazly dan Syahir pernah mewakili Harimau Malaya.
Musim lalu, Fazly melakukan 17 penampilan untuk Gergasi Merah sambil Syahir turun sebanyak 11 kali.
Kedua-dua pemain itu sudah lama dalam skuad utama Selangor dan pengalaman mereka pastinya berguna untuk memberi tunjuk ajar kepada pemain-pemain Selangor II yang rata-ratanya berusia 20 tahun ke bawah.
Fazly yang berusia 31 tahun mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak sementara Syahir, 23, sudah faham selok-belok bermain untuk Selangor.
Langkah yang diambil oleh Selangor ini kelihatan serupa dengan apa dilakukan oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan membawa masuk beberapa pemain senior seperti Mohamadou Sumareh dan Enzo Lombardo ke skuad Liga A1 mereka.
Selangor II masih belum beraksi dalam Liga A1 selepas perlawanan mereka menentang Kelantan Red Warrior FC ditangguhkan susulan ketiadaan venue oleh pasukan Pantai Timur itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram