[VIDEO] Mengaku tak ada motor, peliknya warga asing dan isteri rakyat Malaysia 'sepakat' dipercayai curi petrol di Forest City


  • Kes
  • Isnin, 11 Ogos 2025

Warga asing dari Pakistan 'kantoi' mencuri minyak motosikal di Johor.

SEORANG warga asing dari Pakistan bersama seorang wanita rakyat Malaysia dipercayai isterinya didapati 'kantoi' semasa sedang mencuri minyak motosikal dekat Forest City, Johor.

Dalam sebuah video yang tular di media sosial, orang awam yang merupakan seorang lelaki menangkap si pelaku semasa hendak pergi ke tempat kerja.

Lebih malang, ketika perbuatan itu dilakukan, warga asing tersebut dipercayai sedang mencuri minyak dari motosikal individu lain.

BACA LAGI: Peguam keluarga nafi audio tular adalah jeritan suara Zara Qairina

BACA LAGI: Kunjungi kafe tular, pasar karat tanpa tinggal solat, ikhlas.com penuhi gaya kembara Muslim abad ini

Semasa berdepan warga asing itu, individu tersebut mempertikaikan kenapa dia berbuat demikian.

Lebih menyakitkan hati, warga asing tersebut mereka-reka cerita dengan tujuannya mencuri minyak atas alasan untuk menjaga keselamatan penduduk di situ.

Dia berkata sedemikian kerana permukaan jalan di Forest City tersebut tidak selamat, disebabkan itu dia mencuri minyak.

Lebih teruk, warga asing tersebut bersama isterinya mengaku tidak mempunyai motosikal, jadi apa yang dikatakan mereka semasa disoal seakan tidak logik. 

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, M. Kumarasan berkata mengesahkan kejadian terbabit.

Katanya pada Isnin, kes masih dalam siasatan dan kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Kumarasan turut mengesahkan yang pihak polis dari Balai Polis Tanjung Kupang sudah menahan kedua-dua suspek dengan mereka tiada rekod jenayah lampau serta negatif ujian air kencing.

Polis turut merampas dua botol berisi petrol serta sebilah gunting dipercayai digunakan oleh kedua-dua suspek.

Permohonan untuk mereman kedua-dua suspek akan dibuat di Mahkamah Johor pada Selasa.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri dengan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Ia turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu kesalahan tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang ditetapkan dengan hukuman denda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram