Walau diragui, DNA import Nigeria tetap jadi taruhan Perak kejutkan Kedah


  • Podium
  • Jumaat, 08 Ogos 2025

Christian Chukwu merupakan rekrut baharu Perak.

PERAK FA menguatkan barisan tengah mereka apabila berjaya mendapatkan pemain dari Nigeria, Christian Chukwu bagi mengharungi saingan Liga A1 musim ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Perak pada Jumaat, mereka mendapatkan pemain muda berusia 23 tahun untuk menerajui bahagian tengah dengan skuad Seladang cuba untuk membina pasukan menggunakan pemain muda.

Apa yang menarik buat Perak adalah pemain tersebut dapat diturunkan terus menentang Kedah FA dalam aksi Derbi Utara pada Sabtu.

BACA LAGI: Berdepan 5 ujian penting termasuk JDT, Buriram jadi penentu nasib Kino bersama Selangor

BACA LAGI: Kembali ke Old Trafford, De Gea ada mesej khas buat fans Man United

"Pemain berusia 23 tahun yang berasal dari Abia, Nigeria ini sebelum ini beraksi bersama Marryland Nigeria dan dikenali sebagai seorang Attacking Midfielder (AMF) yang memiliki kepintaran mengatur serangan serta kawalan bola yang kemas.

"Kehadiran Christian menambah pilihan kreatif di bahagian tengah, sekali gus memberi dimensi baru dalam corak serangan Perak FA.

"Lebih menarik, Christian sudah didaftarkan dan bersedia untuk membuat penampilan sulungnya dalam aksi penuh sengit “Derby Utara” menentang Kedah FA malam esok. Para penyokong sudah pasti tidak sabar menyaksikan sentuhannya di pentas bola sepak Malaysia," kata Perak dalam kenyataan mereka.

Walaupun membawa masuk pemain import, namun ia tetap mengundang keraguan penyokong yang menganggap rekrut tersebut diambil secara caca merba.

Sebelum ini, Perak menerusi Perak FC turut mempunyai pemain import seperti Sunday Afolabi dan Christian Obiozor namun mereka tidak berjaya mencapai standard yang diharapkan.

Akan tetapi, DNA Nigeria masih menjadi taruhan skuad Seladang untuk meraih kejuaraan Liga A1.

"Tak ada orang Perak ke nak main bahagian tengah? Kenapa nak ambil orang dari Nigeria? Nanti kalau komen macam-macam kena maki pula," ujar Prsad Gunner.

"Murah tapi power tu yang sangat penting," komen Hanz Hanif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram