
RAMAI yang bercakap mengenai siapakah berpotensi menjadi pencabar kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam merebut kejuaraan Liga Super.
Namun begitu, siapa yang dijangka menjadi suprise package dalam usaha cuba menyelinap masuk ke kelompok atasan liga?
Penang FC mungkin merupakan salah satu calonnya dan dengan mereka bakal bertemu Terengganu FC pada Ahad. Jadi, skuad Penyu harus waspada.
BACA LAGI: Berdepan 5 ujian penting termasuk JDT, Buriram jadi penentu nasib Kino bersama Selangor
BACA LAGI: RM20 juta hasil anjur konsert digunakan semula ‘upgrade’ SNBJ
Projek berterusan
Penang dilihat berjaya menemui kestabilan dari segi prestasi apabila pengendali baharu, Wan Rohaimi Wan Ismail mengambil alih pasukan daripada Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada pertengahan musim.
Wan Rohaimi berjaya membuatkan Penang kembali bermain bola sepak lebih baik dan menamatkan perlawanan di tempat kesepuluh liga.
Wan Rohaimi diharap dapat membaiki musim Penang.
Walaupun posisinya tidaklah begitu cantik, namun Wan Rohaimi berjaya membuatkan penyokong berasa lebih positif mengharungi musim baharu apabila corak permainan bertambah baik.
Musim 2025/2026 merupakan musim penuh pertama Wan Rohaimi bersama Harimau Kumbang dan dia hanya perlu meneruskan projek 'revamp' yang sudah dimulakan.
Dengan mengenakan bebeberapa perubahan dari sudut pemain, Penang dilihat lebih bersedia dan skuad yang dibina mengikut pilihan Wan Rohaimi.
Barisan serangan lebih tajam
Musim lalu, masalah yang dihadapi oleh Penang adalah ketumpulan barisan serangan dan itu dapat dilihat dengan ketara menerusi perbezaan gol Harimau Kumbang.
Penang menghasilkan 31 gol dan bolos 38 kali, menjadikan mereka mencipta perbezaan jaringan -7 musim lalu.
Disebabkan itu, Penang membawa masuk beberapa nama untuk memastikan serangan mereka lebih tajam dan tidak melepaskan banyak peluang.
Tchetche Kipre antara muka baharu untuk baiki serangan Penang.
Pemain seperti Tchetche Kipre yang cukup faham dengan bola sepak Malaysia dibawa masuk selain Bruno Suzuki.
Penang turut menambah kreativiti di bahagian tengah dengan membawa masuk Wan Zack Haikal Wan Noor, Danilo Sipovac serta pemain muda berkualiti, Chia Ruo Han.
Boleh dikatakan, barisan serangan Penang kini berwajah baharu dan penyokong semestinya meletakkan harapan tinggi terhadap pemain-pemain yang dibawa masuk.
Jaga-jaga Terengganu
Terengganu menjadi lawan pertama Penang dalam Liga Super apabila mereka bertemu di George Town pada Ahad.
Dengan skuad serba baharu di bahagian depan, jentera Harimau Kumbang pastinya lebih tajam untuk 'mencakar' pihak lawannya.
Penang berharap pemain berpengalaman yang dibawa masuk boleh tingkatkan kualiti pasukan.
Harapan penyokong pastinya tinggi untuk melihat sekurang-kurangnya Penang dapat membaiki kedudukan musim lalu.
Namun, dengan persediaan yang ada, tidak terkejut kalau Penang adalah suprise package yang akan menambah rencah Liga Super kali ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram