Budaya samseng bercanggah semangat kesukanan — PM Anwar


  • Podium
  • Khamis, 07 Ogos 2025

Budaya samseng sukan tidak wajar ada di negara ini.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu budaya samseng sukan yang menular di negara ini berterusan.

Menurutnya, perbuatan tersebut bertentangan dengan budaya Malaysia, sebaliknya semangat kesukanan seharusnya diangkat.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah, Ibu Pejabat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Khamis.

BACA LAGI: Kos tinggi, kerajaan tak cadang bina lorong motosikal di semua jalan Persekutuan

BACA LAGI: Muhyiddin tuntut PMX minta maaf, Speaker sahkan terima surat arah siasat sumber maklumat palsu

“Kita tidak boleh bawa masuk budaya hooliganisme dalam sukan seperti yang kita lihat di negara luar melalui TV atau media. Kita perlu ada lebih banyak toleransi.

“Semua ini bertentangan dengan semangat sebenar sukan iaitu menyatukan rakyat, memahami perbezaan dan menyemai semangat yang mendalam,” kata Anwar.

Sebelum ini, negara kita menyaksikan beberapa kejadian tidak diingini melibatkan samseng sukan semasa pertandingan diadakan.

Selalunya, ia berlaku ketika perlawanan bola sepak baik semasa pertandingan domestik atau pun antarabangsa.

Majlis pecah tanah tersebut turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram