
TULAR di media sosial satu video memaparkan sekumpulan individu dipercayai warga asing memenuhi kawasan sebuah taman permainan awam.
Kejadian yang dipercayai berlaku di Melaka itu menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan ibu bapa dan penduduk setempat.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Idola Kami, beberapa individu warga asing dilihat berada dalam kawasan taman permainan dalam keadaan santai, menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan dengan selesa.
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki menggigil dalam LRT, dakwa diugut gara-gara tuntutan insurans
Situasi itu turut menyaksikan seorang lelaki, dipercayai bapa kepada salah seorang kanak-kanak tampil menegur mereka secara lisan dan menegaskan bahawa taman permainan berkenaan dikhaskan untuk penduduk tempatan.
Malah, notis larangan kepada pekerja asing turut kelihatan dipamerkan di lokasi tersebut.
Video berdurasi satu minit 30 saat itu disertakan dengan kapsyen yang menyuarakan rasa bimbang terhadap keselamatan anak-anak, khususnya apabila mendakwa pandangan dan tingkah laku warga asing di kawasan tersebut dilihat 'menyeramkan' dan boleh menimbulkan ketidakselesaan.
Kejadian berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang meminta pihak berkuasa tempatan lebih peka terhadap penggunaan fasiliti awam, termasuk memastikan taman permainan benar-benar selamat dan selesa untuk kegunaan komuniti setempat khususnya kanak-kanak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram