
SPEAKER Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan menerima surat untuk menjalankan siasatan mengenai kenyataan dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ia susulan kenyataan dikeluarkan oleh Anwar di Dewan Rakyat mengatakan Muhyiddin mempertahankan warga asing mengenai subsidi minyak.
Surat daripada Anwar itu mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengenai perkara tersebut.
BACA LAGI: Umur bersara 55 tahun masih relevan, manfaat pengalaman sebagai 'freelance' atau konsultan
BACA LAGI: Antara pendidikan dan kos, peraturan wajib hantar anak ke sekolah menengah runsingkan ibu bapa
"Saya menerima surat daripada Perdana Menteri pagi ini (Khamis), yang mengarahkan MCMC untuk menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut berkenaan sumber maklumat tersebut.
"Jadi, kita tunggu saja MCMC menjalankan siasatan, munking dari satu-satu portal, saya tak tahu lagi." kata Johari.
Muhyiddin mendesak Anwar untuk melakukan permohonan maaf berkenaan kenyataan tersebut untuk menghentikan perkara tersebut.
“Kenyataan itu datang secara peribadi daripada dia. Dari mana dia dapat maklumat tersebut?
“Saya cuma minta satu perkara saja daripada Yang Berhomat Tambun (Anwar), minta maaf sajalah. Jika Tambun tidak mahu memohon maaf, saya akan bawa perkara ini kepada Speaker dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,” kata Muhyiddin.
Dalam sidang media selepas persidangan, Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin (PN-Larut) mengatakan yang blok pembangkang sedia menerima permohonan maaf daripada Anwar jika dia sedia melakukannya. — The Star/JUNAID IBRAHIM/KHOO GEK SAN/ARFA YUNUS
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram