
KERAJAAN tidak mempunyai sebarang rancangan untuk membina lorong motosikal di semua jalan Persekutuan kerana melibatkan kos tinggi.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kajian akan dijalankan sekiranya terdapat keperluan di masa akan datang.
Katanya ketika menjawab soalan daripada Hassan Saad (PN-Baling) dalam sidang Dewan Rakyat, kerajaan sudah memperuntukkan RM20 juta untuk menambah baik laluan motosikal sedia ada.
BACA LAGI: Umur bersara 55 tahun masih relevan, manfaat pengalaman sebagai 'freelance' atau konsultan
BACA LAGI: Antara pendidikan dan kos, peraturan wajib hantar anak ke sekolah menengah runsingkan ibu bapa
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Naik taraf ini adalah sebahagian daripada Rancangan Berteruusan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)
"Kerajaan sudah melakukan pembinaan lorong motosikal di lokasi-lokasi terpilih pada jalan Persekutuan lebih dari sedekad.
"Ia termasuklah laluan khas motosikal yang memang dipisahkan daripada jalan utama dan laluan tidak eksklusif yang dibina pada bahu jalan yang diluaskan," jelas Alexander Nanta kepada Dewan Rakyat pada Khamis.
Tambah Alexander Nanta lagi, kajian secara terperinci diperlukan terlebih dahulu kerana mahu mengelak daripada berlakunya konflik melibatkan laluan masuk dan keluar di jalan Persekutuan.
Selain itu, faktor kewangan turut menjadi pertimbangan penting sebelum kerajaan melakukan sebarang kelulusan untuk menambah laluan baharu.
"Justifikasi teknikal adalah penting, merangkumi jumlah trafik, komposisi motosikal, kadar kemalangan, dan skor geseran sisi (friction scores).
“Pertimbangan kewangan juga amat penting, memandangkan kos tinggi yang terlibat dalam pembinaan, pengambilan tanah, dan pemindahan utiliti,” tambahnya. — The Star/JUNAID IBRAHIM/KHOO GEK SAN/ARFA YUNUS
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram