
KEMALANGAN ngeri berlaku di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Jumaat melibatkan beberapa buah motosikal yang dirempuh dari belakang oleh sebuah lori.
Antara yang menjadi mangsa dalam nahas itu ialah tekong Kelantan Warriors, Ikhwan Syafiq Mohamad Fitri yang mengalami kecederaan di muka serta beberapa anggota badannya.
Perkara berkenaan turut disahkan BolaRotanTV yang melaporkan kemalangan menimpa pemain berusia 21 tahun terbabit, namun tidak dipastikan keadaan semasanya ketika ini.
BACA LAGI: Tahap kebersihan membimbangkan, restoran nasi kandar di Butterworth diarah tutup
BACA LAGI: eHati: Ada 2 kertas siasatan, menteri masih tunggu laporan lengkap JAIS-polis
Ikhwan merupakan salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tersebut. — Facebook/Ibrahim Aini
"Dapat perkhabaran bekas tekong Kelantan Warriors, Ikhwan atau turut dikenali sebagai Tenggek baru kemalangan jalan raya. Kecederaan di muka dan anggota badan. Admin akan cuba dapatkan maklumat lengkap. Doakan Ikhwan!" tulisnya.
Insiden tersebut menerima perhatian pelbagai pihak, termasuk ahli Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ibrahim Aini yang mengharapkan kesembuhan segera buat mangsa.
"Ikhwan, semoga ALLAH berikan kesembuhan dan diberikan kekuatan atas ujian yang menimpa ini. Bekas pemain sepak takraw Penang Black Panthers, Ikhwan Syafiq terlibat dengan kemalangan di hadapan Lotus Sebarang Jaya Dia telah mengalami kecederaan yang parah dalam kemalangan tersebut," tulisnya.
Berdasarkan beberapa video di media sosial, kelihatan Ikhwan Syafiq yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang sedang terduduk di atas jalan ketika kejadian itu baru berlaku, manakala ada mangsa yang masih terbaring.
Perkongsian di media sosial menyatakan dua penunggang lain meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan lain.
Namun, setakat ini, masih tiada sebarang kenyataan dikeluarkan berhubung insiden terbabit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram