
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar masih menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung program motivasi rumah tangga (eHati).
Menurut laporan Buletin TV3, beliau berkata, pihak JAIS dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini giat bekerjasama dalam melengkapkan siasatan kes berkenaan.
“Pihak polis masih lagi jalankan siasatan, jadi kita tunggulah hasil daripada siasatan itu. Beberapa saksi sudah dipanggil untuk membantu siasatan manakala penganjur juga akan dipanggil untuk memberikan keterangan,” katanya.
BACA LAGI: Umpama MyKad, jemaah haji kini miliki kad Nusuk lengkap kod QR elak pemalsuan
BACA LAGI: Kontroversi eHati: Dua saksi hadir esok — Dr Na'im
Mohd Na'im menjelaskan siasatan program tersebut membabitkan dua aspek perundangan.
Mohd Na'im berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Sinar Lestari YAPEIM di Penaga di Seberang Perai, Kedah pada Rabu.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa siasatan program eHATI dilakukan membabitkan dua aspek perundangan iaitu di bawah Kanun Keseksaan dan juga Enakmen Jenayah Syariah.
“Ya, ada dua siasatan dilakukan iaitu satu kesalahan di bawah Penal Code (Kanun Keseksaan)…satu lagi kesalahan di bawah Salah Jenayah Syariah,” katanya.
Media pada Selasa melaporkan JAIS menafikan pihaknya memberi kebenaran kepada Syarikat eHati International Sdn Bhd bagi meneruskan program motivasi eHATI. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram