
BERBAKI seminggu sebelum saingan Liga Super 2025/26 membuka tirai, Imigresen FC kelihatan masih belum melakukan sebarang persediaan, baik dari segi skuad penuh mahupun barisan kejurulatihan.
Selepas muncul naib juara Liga A1 Semi Pro musim lalu, pasukan itu dilaporkan mahu membuat rombakan besar-besaran memandangkan ia merupakan kali pertama mereka bersaing dalam divisyen teratas.
Perubahan dilaporkan mahu dibuat terhadap barisan kejurulatihan dengan bekas pengendali Perak FC, Yusri Che Lah difahamkan bakal mengisi kekosongan ditinggalkan Mat Zan Mat Aris.
BACA LAGI: Jangan biar berulang, 3 kisah prospek Kedah malap termasuk Fayadh perlu jadi teladan Afeeq Iqmal
BACA LAGI: [VIDEO] ‘Sabar kawan-kawan’, bek Kedah sokong Fayadh, Akmal Zahir berniaga sempena Ramadan
Beberapa nama besar sudah menyertai skuad The Mighty Tigers bagi musim depan. — Facebook/Penang FC
Selain itu, rombakan mahu dilakukan ke atas skuad The Mighty Tigers kerana mereka memerlukan pemain berprofil tinggi untuk berentap dengan mengharapkan 'ubi muda' sahaja tidak cukup.
Tetapi, dengan hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum aksi Liga Super melibatkan Imigresen FC bermula, tiada sebarang kemas kini dikongsi yang menceritakan persiapan belum lengkap direncanakan.
Persoalan berhubung pasukan itu akhirnya terjawab selepas beberapa keping gambar dimuat naik Penang FC sebelum aksi persahabatan menentang Imigresen FC di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada Rabu.
Kepingan foto dimuat naik di laman media sosial kelab turut memaparkan barisan pemain The Mighty Tigers sebelum perlawanan bermula dengan lambakan wajah baharu sudah ditandatangani.
Rizal Ghazali juga berada dalam skuad The Mighty Tigers yang akan berentap dalam Liga Super buat kali pertama. — Facebook/Penang FC
Antara yang berada dalam pasukan itu merupakan dua bintang Kedah Darul Aman (KDA) FC musim lalu, Fayadh Zulkifli Amin serta Rizal Ghazali dan juga Nik Sharif Haseefy yang difahamkan tiba secara pinjaman dari Terengganu FC.
Nik Akif Syahiran yang beraksi buat skuad Harimau Kumbang musim lalu turut kelihatan meskipun tiada sebarang khabar angin menyatakan dia berada dalam radar Imigresen FC sebelum ini.
Bagaimanapun, perkongsian Penang FC sudah cukup untuk menceritakan bintang-bintang baharu dalam Imigresen FC yang pastinya tidak sabar untuk memberi aksi terbaik musim depan.
Skuad The Mighty Tigers akan memulakan saingan Liga Super 2025/26 dengan aksi menentang Kuala Lumpur (KL) City FC di laman sendiri pada 9 Ogos sebelum bertandang ke Pantai Timur untuk menentang Kelantan The Red Warriors (TRW) FC tiga hari kemudian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram