
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan pendatang baharu, Imigresen FC akan menggunakan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang sebagai venue rasmi bagi saingan musim depan.
Bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan pengelola itu, Mohd ShazlI Shaik, isu lampu limpah akan memaksa pasukan tersebut untuk beraksi hanya di waktu petang.
"Pemakluman rasmi sudah diberikan Imigresen FC yang mengumumkan mereka akan menggunakan Stadium Batu Kawan. Tetapi, seperti mana sedia maklum, stadium itu tidak boleh digunakan pada malam kerana lampu limpah tak capai piawaian," katanya.
BACA LAGI: Dengarnya 'pindah home' musim depan, Batu Kawan diharap jadi medan kebangkitan Harimau Kumbang
BACA LAGI: Keadaan tip-top bertaraf dunia, cuma 3 stadium tanah air sepi 'tak berpenghuni'
Shazli mengesahkan Imigresen FC merupakan venue rasmi Imigresen FC musim depan. — Facebook/MFL
Shazli menjelaskan perkara itu ketika ditemui dalam majlis perasmian kerjasama strategik antara MFL dan Genius Sports di Wisma FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), Selangor pada Khamis.
Sebelum ini, Imigresen FC menyatakan hasrat berada di Utara tanah air bagi saingan musim depan walaupun ramai rata-rata berpandangan stadium di Lembah Klang adalah pilihan lebih baik.
Ini kerana venue di lokasi tersebut mampu menarik lebih ramai penyokong berbanding stadium di Utara yang tidak menjanjikan kehadiran cukup baik meskipun hanya Penang FC merupakan pasukan dari kawasan tersebut.
Bagaimanapun, keputusan pihak pengurusan sudah diambil dengan Stadium Batu Kawan menjadi pilihan walalupun sebelum ini mereka turut berminat menggunakan Stadium Darul Aman, Kedah.
Setakat ini, hanya stadium milik Imigresen FC itu yang tidak boleh digunakan pada waktu malam dengan badan pengelola itu perlu mencari penyelesaian dari segi susunan jadual. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram