
PENGENDALI Selangor FC, Katsuhito Kinoshi tidak dapat memberi jaminan tempat buat pertahanan kiri, Fazly Mazlan dalam kesebelasan utama Gergasi Merah musim depan.
Fazly yang kembali semula ke Selangor selepas kontraknya tamat pada musim lalu, perlu bersaing dengan pemain lain untuk beraksi setiap minggu.
Walaupun tiada jaminan, namun Kinoshi menjelaskan Fazly masih lagi diperlukan kerana faktor pengalaman dan ingin mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pemain Selangor.
BACA LAGI: Tidak terancam kehadiran bek muda Gergasi Merah, Fazly Mazlan waspada helah 2 penyerang Tok Gajah
BACA LAGI: [VIDEO] Fazly Mazlan sebak, cium baju Faisal Halim sebelum lawan Kedah
“Saya tak tahu. Saya tak boleh kata yang dia boleh menjadi pemain tetap dalam kesebelasan utama setiap minggu,” kata Kinoshi kepada media pada Rabu.
"Namun begitu, dia masih perlu menjadi pemain Selangor seperti musim lepas. Dia mesti tunjukkan usahanya (di padang).
"Kami perlukan pertarungan sesama pemain di padang latihan untuk merebut posisi kesebelasan utama. Perkara ini membuatkan kami menjadi lebih kuat. Oleh itu, saya berasakan kepulangannya baik untuk pasukan," jelas Kinoshi.
Pada Selasa, Fazly sah kembali ke pangkuan Selangor selepas kontraknya tamat pada akhir musim lalu.
Dia dilaporkan ditawarkan untuk menyertai salah sebuah pendatang baharu Liga Super iaitu Imigresen FC, namun perpindahan tersebut tidak menjadi kenyataan pada saat akhir. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram