SSR 2025: Fizikal, pengalaman VI tak gentarkan MRSM Balik Pulau


  • Podium
  • Jumaat, 25 Jul 2025

Noerman (dua kiri) optimis pasukan MRSM Balik Pulau mampu mencipta kejutan ke atas VI pada aksi final SSR 2025 di Putrajaya, Ahad ini.

WALAUPUN menyedari kelebihan fizikal dimiliki lawan, kapten MRSM Balik Pulau, Noerman Radzikin Suhaimi tetap optimis pasukannya mampu mencipta kejutan ke atas juara dua kali, Victoria Institution (VI) pada aksi final Super Schools Rugby (SSR) 2025 pada Ahad.

Pertembungan kemuncak kejohanan ragbi 15 sebelah bawah 17 tahun itu dijadual berlangsung di Taman Ekuestrian, Putrajaya pukul 4 petang bakal menyaksikan dua pasukan gergasi sekolah menengah bertarung merebut kejuaraan musim ini.

BACA LAGI: Hukuman pempengaruh Ija dan adik terlalu ringan jika dibandingkan kesan ditanggung pasukan SAR — Pakar Kriminalogi

BACA LAGI: Diego Landis tak perlu bimbang, teladani 3 import Brazil jika mahu pikat hati fans Terengganu

Noerman (kiri) tidak gentar dengan kelebihan fizikal lawan dari VI (kanan) yang juga juara dua kali pada aksi SSR 2025, Ahad ini.

"Bukan mudah berdepan pasukan seperti VI yang sudah terbukti berpengalaman dan mantap dari segi fizikal.

"Tapi kami bermain dengan hati dan semangat berpasukan yang tinggi. Kami percaya itulah kelebihan utama kami,” kata Noerman.

MRSM Balik Pulau mara ke pentas akhir selepas menampilkan aksi konsisten sepanjang musim, termasuk kejayaan menewaskan pasukan pilihan di peringkat separuh akhir.

Sementara itu, VI yang berpangkalan di Kuala Lumpur pastinya mahu mempertahankan reputasi sebagai gergasi ragbi sekolah dengan memburu kejuaraan ketiga berturut-turut.

Pertembungan dua pasukan ini dijangka sengit, dengan sorotan tertumpu kepada taktik dan disiplin padang kedua-dua pasukan yang terbukti ampuh sepanjang kejohanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram

MENYUSUL...