
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengumumkan satu bentuk penghargaan khas kepada rakyat Malaysia pada pagi Rabu sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Madani terhadap sokongan berterusan rakyat terhadap agenda reformasi yang sedang dilaksanakan.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, pengumuman itu diharap dapat memberi manfaat kepada seramai mungkin rakyat serta mencerminkan usaha bersama dalam membina masa depan negara yang lebih adil dan makmur.
BACA LAGI : ‘Pakej penghargaan’ buat rakyat diumum pada Selasa atau Rabu — PM Anwar
BACA LAGI : Jejas tugas anggota penyelamat, pempengaruh Ija dan adik boleh dijel 2 tahun — Peguam
"Insya-ALLAH, esok saya akan umumkan penghargaan yang dijanjikan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada rakyat Malaysia yang sentiasa teguh bersama dalam setiap langkah reformasi.
"Moga pengumuman ini membawa manfaat buat rakyat terbanyak, dan menjadi cerminan usaha kita bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera," katanya.
Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Selasa turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri akan membuat pengumuman istimewa itu pada pagi Rabu sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Menurut infografik yang dikongsi Anwar, pengumuman berkenaan akan disiarkan secara langsung pada pukul 10.30 pagi menerusi semua saluran utama media utama selain turut boleh diikuti secara dalam talian menerusi Facebook Live dan media sosial rasmi kerajaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram