
SPEKULASI mengenai siapa yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih Imigresen FC bagi saingan Liga Super 2025/2026 semakin hangat diperkatakan apabila nama bekas pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mula disebut-sebut mengisi jawatan itu.
Perkara itu dikongsikan oleh pemerhati bola sepak tanah air, Fadhirul Shuhaimi menerusi satu hantaran di laman X miliknya @FadhirulS, memetik nama bekas pengendali skuad The Bos Gaurus (TBG) itu kekal di pentas tertinggi Liga Malaysia.
"Yusri Che Lah kekal di Liga Super. Difahamkan bekas pengendali Perak FC itu bakal diberikan tanggungjawab kendalikan Imigresen FC bagi harungi saingan Liga M 2025/2026,” tulisnya ringkas.
BACA LAGI: Rebah 2 kali di bumi Thailand, Katsuhito Kinoshi perlu segera cari pengganti Orozco, Safuwan
BACA LAGI: Dollah Salleh kunci mulut, Zainal harap 'jodoh' bersama Imigresen FC berpanjangan
Yusri Che Lah kekal di Liga Super
Difahamkan bekas pengendali Perak FC itu bakal diberikan tanggungjawab kendalikan Imigresen FC bagi harungi saingan Liga M 2025/2026. @ASTROARENA pic.twitter.com/aBf6I0CY3L
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) July 15, 2025
Sebelum ini, nama Datuk Zainal Abidin Hassan disebut-sebut bakal dilantik untuk mengemudi pasukan berstatus pendatang baharu itu.
Namun keputusan memilih Yusri membuktikan pengurusan Imigresen FC mempunyai perancangan tersendiri untuk mengukuhkan cabaran mereka di musim sulung Liga Super.
Yusri, 49, bukan nama asing dalam kancah bola sepak tempatan, pernah membimbing pasukan seperti Kelantan, Kuala Lumpur dan Perak FC serta dikenali dengan pendekatan banyak menggunakan pemain muda dalam pasukannya.
Buktinya, ketika bersama skuad Seladang pada musim 2023 dan 2024/2025, Yusri banyak menaikkan beberapa nama pemain muda seperti Shivan Pillay, Aiman Yusni, Azfar Fikri dan beberapa tonggak muda lain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram