Dengarnya 'pindah home' musim depan, Batu Kawan diharap jadi medan kebangkitan Harimau Kumbang


  • Podium
  • Isnin, 04 Dis 2023

Barisan pemain Penang FC meraikan kemenangan selepas berjaya mengikat Sang Penyu. — Facebook/Penangfc

SEPAKAN penalti Rafael Vitor membantu Penang FC mengikat Terengganu FC (TFC) dengan keputusan 1-1 pada aksi Liga Super 2023 yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Ahad.

Jaringan pada masa kecederaan beberapa saat sebelum permainan berakhir itu sekali gus menyekat hajat skuad Penyu daripada membawa pulang tiga mata penting.

Susulan kemenangan tersebut, terdapat berita gembira buat kem Penang FC apabila dikhabarkan pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air itu akan berpindah ke Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang musim depan.

WhatsApp Image 2023-12-04 at 14.21.28

Sebahagian ruangan bilik persalinan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. — Facebook

Menerusi satu hantaran di Facebook, Group Komuniti Penyokong Penang FC, difahamkan skuad Harimau Kumbang akan bertukar venue 'home' untuk musim depan.

Dalam pada itu, rata-rata penyokong berasakan keputusan berpindah ke Stadium Batu Kawan adalah tepat.

"Elok tu, Stadium Bandaraya sudah tak keramat pun, mai Batu Kawan pula," kata Mohd Ikhwan Hakeem.

"Sesekali ambil aura Stadium Batu Kawan pula, mana tahu ada sinar kebangkitan tahun depan. Stadium Bandaraya sudah hilang keramatnya, dua musim berturut-turut asyik kalah saja main situ," kata Hakimi BloodBrothers.

"Bagus lah tu main dekat Batu Kawan, Bandaraya tu takda dah keramatnya," kata Zolzaidi Razak.

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat oleh pihak pengurusan Penang FC berkenaan perkara tersebut setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram