[VIDEO] Palestin, Singapura 2 ujian terakhir Harimau Malaya sebelum jumpa Laos


  • Podium
  • Rabu, 23 Jul 2025

Harimau Malaya bakal uji Singapura dan Palestin September ini sebelum aksi kelayakan bertemu Laos. — Facebook/Malaysia NT

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski mengesahkan pasukannya bakal berdepan dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Singapura dan Palestin sempena jendela aksi antarabangsa FIFA pada September 2025.

Dua perlawanan itu dijadual berlangsung pada 4 dan 8 September, dengan harapan kedua-duanya akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

"September ini kami ada dua perlawanan yang bagus iaitu pertama, pertemuan derbi menentang Singapura dan kemudian menentang pasukan yang berada dalam kelompok 100 teratas dunia, Palestin," katanya menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Fina Nasrom di laman X pada Rabu.

BACA LAGI: Tidak lagi bersama JDT, winger Brazil sertai bekas kelab tonggak Selangor

BACA LAGI: Ngah Wanja mampu cipta nama sebaris 3 awang hitam digeruni di bumi Borneo

Sebelum ini, Harimau Malaya sepatutnya menyertai kejohanan Piala Negara-Negara CAFA 2025, namun perancangan tersebut terpaksa dibatalkan.

Sebagai ganti, dua aksi itu akan dijadikan medan penting sebagai persediaan menghadapi Laos dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027, Kumpulan F pada Oktober nanti.

Menurut Cklamovski, kedua-dua perlawanan itu bukan sahaja menjadi platform menguji kekuatan pasukan, malah peluang untuk terus membina identiti dan corak permainan Harimau Malaya.

"Ini adalah peluang terbaik untuk pasukan kembali berkumpul, mengukuhkan identiti bola sepak kami dan menghubungkan semula pemain serta pasukan dengan seluruh rakyat Malaysia," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram