[VIDEO] Piala Raja Thai: Kontroversi pengadil hujung aksi tak halang kuadran campuran kebangsaan tundukkan Vietnam


  • Podium
  • Rabu, 23 Jul 2025

Kemenangan itu memastikan pasukan negara memulakan kempen dalam Piala Raja Thai dengan langkah kanan.

SKUAD kuadran campuran negara terpaksa mengerah keringat sebelum berjaya melakar kemenangan ketika berdepan Vietnam dalam saingan Piala Raja Thai pada Rabu.

Selepas menundukkan lawan menerusi keputusan 15-11 pada set pertama, pasukan negara ditundukkan pada set seterusnya menerusi keputusan 17-15 yang kemudian mengheret aksi ke set penentuan.

Debaran peminat sukan takraw negara akhirnya diredakan selepas mereka mencatatkan kemenenagan 15-13 dalam aksi pembukaan itu yang bagaimanapun dicalarkan dengan isu pengadilan pada penghujung pertembungan.

BACA LAGI: Kecederaan Noraizat tak jadi halangan, coach skuad beregu anggap misi berdepan Thailand bukan mustahil

BACA LAGI: Masih terkesan ditundukkan Thailand, skuad double 'berpeluh' tewaskan Chinese Taipei

Ketika pasukan negara memerlukan mata akhir pada set ketiga, pihak pengadilan mengatakan bola terkena Noraizat Nordin sebelum ia terkeluar dari gelanggang.

Ulang tayang perlahan menunjukkan tiada kesalahan dilakukan tonggak negara itu, namun dengan pasukan negara sudah menggunakan kesemua challenge dibenarkan, mereka terpaksa menelan keputusan pihak pengadilan.

Tetapi, isu tersebut tidak menjejaskan fokus mereka apabila rejaman Noraizat gagal dihadang pihak lawan, sekali gus memastikan Malaysia memulakan saingan Piala Raja Thai 2025 dengan langkah kanan.

Dua lagi perlawanan lain akan turut berlangsung melibatkan skuad kuadran campuran negara pada Rabu iaitu aksi menentang Myanmar dan Thailand.

Pasukan kuadran lelaki dan wanita akan turut bersaing dengan setiap pasukan pasti mahu merekodkan kemenangan dalam usaha melangkah ke pusingan kalah mati, sekali gus membawa pulang kenangan manis daripada Piala Raja Thai 2025. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram