Bonnie Bunyau, jaguh boling padang terima Anugerah Atlet SAM-100PLUS 2024


  • Podium
  • Isnin, 14 Jul 2025

Sumbangan Bonnie Bunyau dalam saingan Paralimpik 2024 di Paris mengharumkan nama negara.

JAGUH boling padang negara, Farah Ain Abdullah diangkat sebagai Atlet Terbaik pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2024, manakala Bonnie Bunyau mengungguli kategori Atlet Para Terbaik.

Kejayaan tersebut diraih selepas kesemua atlet berkenaan membawa nama negara di persada antarabangsa sepanjang tahun lalu di mana pencapaian masing-masing cukup mengagumkan.

Anugerah berkenaan disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada Isnin bagi menghargai persembahan konsisten atlet tempatan.

BACA LAGI: Akui meja sukan paling bermakna dalam karier, Hishamuddin Aun rangkul Anugerah Tokoh Kepimpinan SAM-100PLUS

BACA LAGI: Aaron Chia-Wooi Yik, Bonnie Bunyau antara calon hangat ungguli Anugerah SAM-100PLUS

Farah Ain (tengah) diangkat Atlet Terbaik dalam Anugerah SAM-100PLUS 2024.

Farah Ain yang muncul Olahragawati Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2024 menewaaskan pesaing utama yang juga pemenang Olahragawan Kebangsaan ASN 2024 iaitu beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Kejayaan itu turut memperkukuh dominasi boling padang selepas pasangan Nur Ain Nabilah Tarmizi-Aleena Ahmad Nawawi merangkul gelaran sama tahun lalu, sekali gus mencerminkan kekuatan berterusan sukan tersebut di peringkat antarabangsa.

Bagi kategori para, Bonnie meraih gelaran idaman selepas dua kali tewas kepada Cheah Liek Hou, hasil kejayaan luar biasanya mempertahankan emas Paralimpik di Paris serta memecahkan rekod dunia dengan angkatan 232 kilogram (kg) dalam kategori 72kg.

Bagi kategori Atlet Muda Terbaik pula, Dhuha Zulfikry yang cemerlang dalam sukan renang sepanjang tahun lalu, termasuk dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) meraih anugerah tersebut.

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menerima Anugerah Persatuan Dinamik, manakala Johor Darul Ta’zim FC (JDT) diberi Anugerah Khas SAM atas kecemerlangan menyeluruh sebagai kelab profesional terbaik negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram