Kecederaan Noraizat tak jadi halangan, coach skuad beregu anggap misi berdepan Thailand bukan mustahil


  • Podium
  • Isnin, 12 Mei 2025

Noraizat dan Aidil sudah tentu berbangga dengan kemenangan yang membawa mereka ke pentas akhir itu.

GANDINGAN Noraizat Nordin dan Aidil Aiman Zawawi menepati ramalan ramai apabila membawa skuad double negara ke pentas akhir Piala Asia Astaf setelah menumpaskan India 2-0 pada Isnin.

Set pertama menyaksikan saingan beregu negara bergelut pada awalnya, namun beberapa rejaman tepat daripada Noraizat membolehkan Malaysia berada di depan sebelum disudahkan dengan keputusan 15-12.

Pada set seterusnya pula, pasukan kebangsaan tampak sedikit bergelut dengan India beberapa kali berada di depan susulan beberapa kesilapan dilakukan kedua-dua pemain itu.

BACA LAGI: Masih terkesan ditundukkan Thailand, skuad double 'berpeluh' tewaskan Chinese Taipei

BACA LAGI: [VIDEO] Tewas mudah kepada duo Thai, coach kesan servis Aidil Aiman hukum Malaysia

Lebih merisaukan lagi, Noraizat juga kelihatan bermasalah untuk meneruskan perjuangan akibat kecederaan, namun Aidil percaya ia bukanlah penghalang baginya dalam perlawanan akhir nanti.

Ini dibuktikan apabila pemain Perak Bison itu berjaya kekal di dalam gelanggang selepas menerima rawatan segera daripada pihak perubatan dengan aksi mantap berjaya ditampilkan selepas itu.

Sementara itu, pengendali skuad beregu, Aswadi Abdullah menegaskan pertembungan dengan Thailand bukanlah sesuatu yang mustahil meskipun beregu itu pernah tewas dalam pertembungan peringkat kumpulan.

Aksi yang turut berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur (KL) pada Isnin itu menyaksikan aksi sengit apabila Thailand menang straight set ke atas Indonesia dengan kedua-dua set berakhir dengan keputusan 17-16. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram