
SELEPAS hampir enam bulan memikul tanggungjawab sebagai ketua jurulatih Harimau Muda, Nafuzi Zain akhirnya berpeluang membuktikan diri dalam saingan Piala AFF Bawah 23 Tahun (B-23).
Kejohanan yang turut dikenali sebagai Piala Mandiri itu menyaksikan penyertaan 10 negara dari sekitar Asia Tenggara, termasuk tuan rumah, Indonesia bermula Selasa dan akan berakhir pada 29 Julai nanti.
Cabaran besar dilihat menanti skuad B-23 kebangsaan yang diletakkan dalam Kumpulan A di samping Indonesia, Filipina dan Brunei dengan setiap pasukan mahu meloloskan diri ke pusingan kalah mati.
BACA LAGI: Bukan laluan Selangor saja berliku, Harimau Selatan juga perlu waspada 'jerat' kelab Singapura
BACA LAGI: Tak selincah dulu, JDT buat keputusan bijak hantar Safawi Rasid ke KL City
Skuad B-23 negara dalam fasa terakhir persiapan sebelum aksi menentang Filipina. — Facebook/Malaysia NT
Bagaimanapun, bagi Nafuzi serta anak-anak buahnya, Piala Mandiri dijadikan medan persiapan buat pasukan itu kerana sasaran lebih besar menanti pada September depan, iaitu dalam kempen Kelayakan Piala Asia B-23.
Pandangan tersebut turut dilontarkan pemerhati bola sepak tanah air, Afiq Rowley yang berpendapat Harimau Muda perlu memandang serius kejohanan di Indonesia itu.
"Pemain perlu ambil serius kejohanan ini untuk membuktikan mereka layak ke pentas Kelayakan Asia. Tidak boleh ambil mudah dalam sebarang perlawanan.
"Nafuzi juga perlu membuktikan diir dalam aksi sulung ini dari segi penerapan taktikal, formasi permainan dan pemilihan pemain tepat. Paling penting, kita nak lihat kualiti mereka jika mereka sedia atau tidak di pentas Asia," katanya kepada Majoriti.
Harimau Muda akan memulakan kempen dalam Piala Mandiri dengan aksi menentang Filipina. — Facebook/Malaysia NT
Skuad B-23 kebangsaan akan memulakan saingan di peringkat kumpulan pada Rabu menentang Filipina sebelum berdepan Brunei tiga hari kemudian dan akhirnya menutup tugas menentang Indonesia pada 21 Julai.
Anak-anak buah Nafuzi perlu berada di tangga teratas Kumpulan A sekiranya mahu melangkah ke pusingan kalah mati atau muncul naib juara terbaik.
Namun, melihat kepada beberapa aksi persahabatan menentang kelab tempatan, Harimau Muda sudah tampak bersedia untuk menampilkan aksi terbaik di Indonesia.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada perlawanan berdepan Filipina menjadi kayu ukur terbaik buat Nafuzi, Afiq melihat aksi berkenaan dapat menjadi medan penilaian buat peminat bola sepak tempatan.
Piala Mandiri akan menjadi persiapan Harimau Muda sebelum kempen Kelayakan Piala Asia B-23 pada September depan. — Agensi
"Aksi awal menentukan segalanya jika para pemain sudah bersedia atau tidak di pentas antarabangsa bawah kendalian ketua jurulatih ini," katanya lagi.
Pengendali berusia 46 tahun tersebut dilantik sebagai pengendali Harimau Muda pada Disember tahun lalu sebagai langkah revolusi bola sepak tempatan.
Bakatnya dalam dunia kejurulatihan sebelum ini dapat disaksikan di peringkat kelab iaitu ketika dia membimbing Terengganu FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram