
PENYERTAAN Brunei DPMM FC sebagai pasukan jemputan bagi saingan Liga Super 2025/26 merupakan satu berita baik memandangkan kali pertama kelab dari negara tersebut tampil bersaing dalam arena bola sepak tempatan adalah pada 2007/08.
Meskipun hanya hadir dari sebuah negara kecil, pasukan tersebut pernah meninggalkan kenangan cukup indah apabila menjuarai Piala Malaysia 1999 selain pernah menamatkan saingan divisyen teratas bola sepak negara di tangga ketiga.
Malah, persediaan dibuat skuad kendalian Jamie Mcallister cukup lengkap setakat ini apabila sudah membawa masuk dua pemain berpengalaman dalam Liga Super, Fairuz Zakaria dan Tommy Mawat Bada.
BACA LAGI: Sah sambar Tommy Mawat, bekas bintang Penang patut dibawa masuk DPMM FC
BACA LAGI: Bek kiri 'flop' Selangor, bekas bintang buruan DPMM dalam radar kelab Pantai Timur
Zulakbal menganggap Brunei DPMM FC sudah mengetahui risiko daripada pelaburan besar yang dibuat.
Tidak cukup dengan itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd turut mengumumkan Brunei DPMM FC akan menanggung kos penerbangan kelab tempatan.
Ini merupakan satu berita baik kerana perjalanan pasukan ke negara tersebut pasti akan mencecah ribuan ringgit, sekali gus menunjukkan pelaburan dibuat kelab terbabit wajar dihargai.
Tetapi, persoalannya, dengan arena bola sepak tempatan tidak menjanjikan pulangan berbaloi, adakah keputusan diambil kelab jemputan Liga Super 2025/26 itu akan memberi hasil lumayan.
Menjelas akan hal tersebut adalah pemerhati bola sepak tanah air, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim yang berpandangan semua pihak perlu terbuka dalam menerima tawaran berbaloi itu.
"Pernahkah anda dengar kelab luar beraksi dalam liga berlainan negara, tetapi mereka mengeluarkan perbelanjaan? Tiada bukan? Jadi, ini merupakan satu hal unik kerana tidak pernah berlaku hal sebegitu.
Kehadiran skuad Harimau Selatan sememangnya diharapkan dapat memberi cabaran kepada skuad Harimau Selatan. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
"Tetapi, kita tidak perlu terlalu gusar kerana apabila ada yang menawarkan sesuatu percuma, kita terima sahajalah," katanya kepada Majoriti.
Sepanjang menyepi daripada arena bola sepak tempatan, Brunei DPMM FC beraksi dalam Liga Perdana Singapura dengan mereka tidak pernah putus daripada memberi tentangan terbaik.
Kehadiran pasukan itu dalam saingan Liga Super 2025/26 sudah tentu akan menarik untuk disaksikan, lebih-lebih lagi selepas pelaburan besar dibuat pada jendela perpindahan kali ini.
"Jika pihak pengurusan berani untuk terus membuat pelaburan, ini menunjukkan mereka bersedia bersaing dan mencabar Johor Darul Ta'zim (JDT)," kata Zulakbal yang merupakan pemegang Lesen Kejurulatihan AFC.
Selain pernah muncul pasukan pilihan dalam Liga Perdana Singapura dan Liga Super, Brunei DPMM FC pernah kembali ke negara sendiri selama tiga musim bermula 2019.
Jadi, setiap saingan ditonjolkan pasti akan diperhatikan, lebih-lebih lagi dalam menamatkan dominasi skuad Harimau Selatan meskipun hanya berstatus pasukan jemputan kali ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram