Sah sambar Tommy Mawat, bekas bintang Penang patut dibawa masuk DPMM FC


  • Podium
  • Khamis, 10 Jul 2025

Kogileswaran disebut-sebut dalam kalangan penyokong sebagai calon seterusnya untuk menyertai Brunei DPMM FC.

SELEPAS mengesahkan kehadiran Tommy Mawat dan Fairuz Zakaria, kelab Brunei, DPMM FC kini dikaitkan pula dengan bekas penyerang Pulau Pinang, Kogileswaran Raj, sebagai rekrut terbaru mereka bagi menghadapi baki saingan Liga Super musim ini.

Spekulasi mula tercetus apabila nama Kogileswaran disebut-sebut dalam kalangan penyokong sebagai calon seterusnya untuk menyertai skuad bimbingan Jamie McAllister. 

Pemain berusia 26 tahun itu pernah menjadi sebahagian daripada barisan serangan skuad Harimau Kumbang bagi saingan 2023, sebelum berkelana ke kelab Bunga Raya Damansara FC.

BACA LAGI : Tak seperti eFootball, rindunya aksi bintang Harimau Malaya termasuk Dion Cools selepas server FIFA23 ditamatkan

BACA LAGI : Ex-striker Sabah tiada rezeki di Vietnam, 3 kelab termasuk Kuching City boleh jadi majikan baharu

Tommy Mawat ketika menjalani latihan bersama DPMM FC. — Gambar/Facebook Brunei DPMM FC

Peminat turut meluahkan harapan agar DPMM FC menyambar pemain lincah itu

"Ambil Kogileswaran DPMM FC… dia power (hebat)," kata Nish Faizul.

Kogileswaran yang terkenal dengan kepantasan dan ketajamannya di bahagian sayap kini dilihat sebagai pilihan ideal untuk memperkukuh jentera serangan DPMM FC.

Selain pernah beraksi buat beberapa kelab dalam negara, pemain itu juga pernah mencipta sensasi apabila berkelana ke Korea Selatan, namun hanya sempat beraksi sekali untuk kelab liga bawahan.

Jika perpindahan ini menjadi kenyataan, Kogileswaran bakal menjadi pemain Malaysia ketiga dalam skuad DPMM FC selepas Tommy dan Fairuz Zakaria, sekali gus membuktikan daya tarikan bakat tempatan di peringkat antarabangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram