
SETAKAT ini, hanya Penang FC yang sudah mengadakan aksi persahabatan sebagai persiapan untuk kempen akan datang apabila mereka berdepan Bintong FC minggu lalu.
Bagaimanapun, kelewatan itu masih boleh difahami kerana saingan Liga Super hanya akan bermula pada pertengahan Ogos dengan setiap kelab mempunyai masa lama untuk mempersiapkan pasukan.
Selain itu, terdapat kemungkinan aksi pramusim belum berlangsung memandangkan pihak pengurusan mahu berdepan pasukan luar yang pasti menjanjikan pengalaman berbeza buat pemain dan barisan kejurulatihan.
BACA LAGI: Bekas 'kereta kebal' kelab Lembah Klang kini dalam radar skuad Jang
BACA LAGI: 'Midfield' import jadi rebutan skuad Jang-Kuching City andai tempoh di Lembah Klang tamat
Andre Rosaide yang merupakan penasihat pasukan berkongsi berita baik tersebut.
Baru-baru ini, difahamkan Negeri Sembilan FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC menjadi yang terawal berbuat demikian kerana mereka akan bertemu kelab Indonesia sebelum permulaan musim baharu.
Perkara tersebut disahkan penasihat Semen Padang, Andre Rosaide di laman Instagram peribadinya dengan menyatakan perlawanan tersebut bakal diadakan, namun tidak dipastikan tarikh pertembungan itu.
"Buat penyokong Semen Padang, pasukan kebanggaan anda akan melakukan aksi persahabatan pada pertengahan Julai di Malaysia. Difahamkan, skuad Kabau Sirah akan berdepan Negeri Sembilan FC dan KL City FC," katanya.
Sekiranya perlawanan tersebut berlangsung, ia sudah tentu menarik untuk disaksikan kerana peluang menyaksikan kelab Indonesia beraksi dalam negara akan menjanjikan kemeriahan.
Semen Padang yang beraksi di divisyen utama Indonesia memilih kelab Liga Super sebagai lawan bagi persiapan pramusim kali ini.
Setakat ini, Negeri Sembilan FC sudah membuat rombakan besar-besaran dengan melantik Nidzam Jamil sebagai ketua jurulatih baharu dengan pengalamannya diharapkan mampu menambah baik kedudukan skuad Jang.
Tidak cukup dengan itu, pasukan tersebut turut membawa masuk beberapa wajah baharu, seperti Azri Ghani dan Luqman Hakim Shamsuddin untuk memberi saingan kepada pasukan lain.
Bagi skuad Warga Kota, tiada sebarang rombakan dilakukan dengan tiada pengesahan dibuat berhubung barisan kejurulatihan serta pemain musim lalu yang akan dikekalkan.
Namun, melihat kepada khabar angin di media sosial, kelab Lembah Klang itu dilaporkan bakal membawa masuk nama-nama besar seperti Manuel Hidalgo dan Safawi Rasid secara pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram