Bekas 'kereta kebal' kelab Lembah Klang kini dalam radar skuad Jang


  • Podium
  • Jumaat, 27 Jun 2025

Pengalaman Adrijan Rudovic di Liga Malaysia menjadikannya aset berharga untuk mana-mana pasukan yang mahukan kestabilan di bahagian pertahanan. — Instagram/ Adrijan Rudovic

NEGERI Sembilan FC (NSFC) dikatakan sedang mengintai khidmat bekas pemain pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Adrijan Rudovic bagi memperkukuh benteng pasukan menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia 2025.

Menerusi perkongsian pemerhati sukan, T. Avineshwaran di platform X, pemain import dari Montenegro itu kini dalam radar pasukan kendalian Mohd Nidzam Jamil apabila kontraknya bersama KL City tidak disambung pada awal musim lalu.

"Difahamkan bahawa pasukan Negeri Sembilan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan tengah Kuala Lumpur dari Montenegro, Adrijan Rudovic," ciapnya. 

BACA LAGI : [VIDEO] Di sebalik tragedi Juliana Marins, pendaki wanita Malaysia rupanya turut membantu misi SAR guna dron

BACA LAGI :  Bagaikan ‘deja vu’, Aidil Sharin saling tak tumpah seperti 3 coach termasuk Nafuzi Zain jika tinggalkan kelab lepas musim sukses

Pemain berusia 29 itu pernah menjadi watak penting dalam jentera pertahanan KL City musim lalu dan terkenal dengan kekuatan fizikal serta kemampuan membaca pergerakan lawan dengan baik.

Pengalamannya di Liga Malaysia menjadikannya aset berharga untuk mana-mana pasukan yang mahukan kestabilan di bahagian pertahanan.

Skuad Jang ketika ini sedang bergelut untuk keluar daripada zon bawah liga dan memerlukan suntikan pengalaman serta kepimpinan di atas padang. 

Rudovic tampil sebagai tonggak utama benteng pertahanan KL City musim lalu dengan mencatat 30 penampilan dalam semua kejohanan. — Instagram/ Adrijan Rudovic 

Sekiranya rundingan berjalan lancar, Rudovic dijangka akan menggantikan seorang daripada pemain import sedia ada yang tidak menepati prestasi yang diharapkan. 

Setakat ini, masih belum ada pengesahan rasmi daripada pengurusan pasukan mengenai perkara itu.

Langkah membawa masuk Rudovic juga dilihat sebagai sebahagian daripada usaha jangka pendek pengurusan Negeri Sembilan untuk menyelamatkan musim yang kian mencabar. 

Pemilihan Rudovic, jika berjaya dimuktamadkan, mungkin menjadi antara langkah penting untuk mengubah nasib pasukan NSFC musim depan.

Rudovic tampil sebagai tonggak utama benteng pertahanan KL City musim lalu dengan mencatat 30 penampilan dalam semua kejohanan, termasuk 20 perlawanan Liga Super dan lima aksi di pentas Shopee Cup (Asean Championship). 

Sepanjang musim, pemain itu menyumbang satu gol dan dikenali dengan corak permainan tenang serta kemampuan membaca gerakan lawan dengan baik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram