Liverpool tak minat, Man United lega ada kelebihan ikat Viktor Gyokeres


  • Podium
  • Khamis, 26 Jun 2025

Arsenal dan Liverpool kini tidak lagi mengejar Viktor Gyokeres.

BEBERAPA nama penyerang berada dalam radar kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang musim baharu.

Antara nama tersebut adalah pemain Sporting Club de Portugal iaitu Viktor Gyokeres yang cemerlang menghasilkan 54 gol dalam 52 penampilan musim lalu.

Kecemerlangan itu membuatkan beberapa kelab EPL seperti Manchester United, Arsenal dan Liverpool begitu mahukan khidmatnya.

BACA LAGI: Angkara lantang, Safuwan alami nasib 'dibeku' seperti bekas tonggak TFC, bintang JDT

BACA LAGI: [VIDEO] Onana pulang ke tempat asal, pamer bakat lebih baik dari jaga gawang Man United

Gyokeres (depan) berpotensi besar sertai Manchester United.

Sporting sedia untuk melepaskan Gyokeres dengan pemain itu meminta untuk berpindah kerana berasakan masanya sudah tiba menimba pengalaman luar.

Tetapi, kelab itu menetapkan sekurang-kurangnya €80 juta (RM396 juta) jika mana-mana kelab mahu mendapatkan pemain Sweden itu.

Persaingan yang pada mulanya dilihat sengit kini mula kendur apabila satu demi satu kelab sudah mula menarik diri daripada mendapatkan Gyokeres.

Arsenal sudah mula mengubah fokus mereka dengan The Gunners mensasarkan untuk merekrut pemain RB Leipzig iaitu Benjamin Sesko.

Sementara Liverpool pula mula menghalakan tumpuan mereka kepada bintang Newcastle United, Alexander Isak serta pemain Eintracht Frankfurt, Hugo Ekitike.

Nama Gyokeres sememangnya tidak ada dalam perancangan The Reds dan itu memberikan kelebihan buat United untuk mendapatkan pemain itu.

Dari perspektif United pula, mereka mendapat kelebihan kerana Gyokeres sememangnya mahu berpindah ke sana bagi mencari cabaran baharu selain bergabung dengan bos lamanya.

Faktor Ruben Amorim menjadi penyebab utama mengapa Gyokeres mahu berpindah ke United walaupun kelab itu tidak menawarkan bola sepak Eropah akibat musim penuh derita sebelum ini.

Jika perpindahan ini berjaya dilakukan, United membuktikan yang mereka masih lagi menjadi pilihan ramai pemain walaupun prestasi hambar musim lalu dengan menduduki tangga ke-15 liga. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram