
MUSIM baharu Liga Super akan bermula tidak lama lagi dan semua kelab sedang giat menyiapkan pasukan masing-masing dengan barisan skuad terbaik.
Saingan kali ini turut menyaksikan beberapa pemain import akan beraksi buat pertama kali dan merasai bagaimana pengalaman bermain di Malaysia.
Ada yang hadir dengan reputasi besar, malah terdapat juga yang agak misteri prestasinya. Siapakah yang akan menyerlah?
BACA LAGI: Masih belum ada kelab, Penang-Selangor-Kuching City boleh rekrut bintang warisan tak jadi
Danilo Sipovac
Satu nama yang pastinya menarik perhatian adalah rekrut terbaharu Penang FC yang berasal dari Bosnia iaitu Danilo Sipovac.
Sipovac yang berusia 25 tahun datang ke Stadium Bandaraya, George Town dengan reputasi besar kerana mempunyai kualiti dalam memecut dan kepantasannya menghampiri bintang Real Madrid, Kylian Mbappe.
Sipovac terkenal kerana kelajuannya.
Dia yang merupakan rakan senegara dengan Edin Dzeko menghasilkan lima gol serta tujuh bantuan gol dalam 15 penampilan bersama kelab lamanya iaitu BSK Banja Luka dalam divisyen dua Bosnia.
Reputasi dia sebagai Roket Bosnia pasti menarik perhatian oleh penyokong Harimau Kumbang untuk membantu kelab itu mendapatkan gol.
Picha Autra
Satu lagi pemain yang bakal sertai Liga Super buat pertama kali adalah pemain tengah Thailand iaitu Picha Autra yang menyertai Selangor FC.
Merupakan ketua pasukan Muangthong United sebelum ini, Autra dianggap sebagai pemain berkualiti di bahagian tengah dengan kecenderungan untuk bertahan dalam corak permainannya.
Picha Autra merupakan rekrut pertama Selangor musim ini.
Namun begitu, timbul sedikit keraguan terhadap Autra kerana sebelum ini terdapat beberapa bintang Thailand gagal menyerlah di Liga Super seperti Dennis Buschening dan Adisak Kraisorn. Oleh itu, ada yang risau Autra akan melalui jejak serupa.
Dengan ada pengalaman beraksi di Asia, kehadiran Autra pastinya diharapkan dapat menguatkan lagi Selangor dalam usaha mencari kejuaraan.
Dean Pelekanos
Satu lagi wajah baharu dalam Liga Super untuk musim baharu adalah pemain tengah Sabah FC iaitu Dean Pelekanos.
Hadir dari kelab Australia, Western Sydney Wanderers, Pelekanos merupakan pemain tengah yang versatil dalam beraksi dalam beberapa posisi.
Dean Pelekanos beraksi di Liga Australia sebelum ke Liga Super.
Pelekanos mempunyai kebolehan untuk menjadi pemain tengah bertahan serta bergerak sebagai pertahanan tengah. Ia dilihat sebagai aset penting buat Sabah untuk musim depan.
Dengan usia baru 24 tahun, Pelekanos masih mempunyai potensi yang boleh diteroka oleh Sabah untuk diserlahkan musim depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram