Elite Games: Cara unik FAM pilih pemain, ‘isyarat halus’ kurangnya bakat muda diberi peluang dalam liga


  • Podium
  • Rabu, 25 Jun 2025

Elite Games diadakah untuk menilai secara dekat pemain B-23 negara.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan 30 pemain untuk kem latihan pusat bagi skuad bawah 23 tahun (B-23) menjelang aksi Piala Asean B-23 2025 di Jakarta, Indonesia pada Julai.

Akan tetapi, sebelum panggilan rasmi dilakukan, FAM melakukan siri Elite Games melibatkan 30 pemain untuk menambat hati Nafuzi Zain.

Nafuzi yang berpuas hati dengan Elite Games itu berharap yang inisiatif itu akan diteruskan bagi memberi ruang lebih ramai pemain muda negara mendapat peluang.

BACA LAGI: Masih belum ada kelab, Penang-Selangor-Kuching City boleh rekrut bintang warisan tak jadi

BACA LAGI: 'Itu semua tipu,' bintang LaLiga nafi berdarah warisan

Bagi pemerhati bola sepak tempatan, Nizam Archibald, walaupun Elite Games dianggap sebagai pendekatan unik, ia merungkai satu realiti pahit mengenai peluang pemain muda dalam liga tempatan.

Ia ibarat satu teguran halus kepada kelab-kelab yang sering mengabaikan pemain muda dan mengutamakan pemain import dalam usaha mendapatkan kemenangan.

"Ini merupakan satu cara yang menarik dan boleh menambah pool player muda negara. Tapi pada masa yang sama, ada rasa sedih kita terpaksa mengadakan perlawanan latihan begini untuk memilih pemain kerana tiada atau kurangya peluang untuk pemain muda beraksi di liga tempatan.

"Ia seharusnya membuka mata semua pihak bila pemilihan pemain diadakan seperti ini berbanding scout di kejohanan bawah umur.

"Perlu diteliti kenapa sampai perlu buat begini, adakah kelab tidak beri peluang? Adakah liga atau kejohanan tak cukup? Atau pemain muda tak cukup bagus tembusi skuad utama? Atau memang dalam perancangan jurulatih nak buat pemilihan cara ini?," kata Nizam kepada Majoriti.

Dalam pengumuman dilakukan oleh FAM pada Rabu, Nafuzi memanggil 30 pemain dengan nama-nama seperti Syahmi Adib, Ubaidullah Shamsul, Fergus Tierney dan Rahman Daud.

Melihat kepada panggilan itu, Nizam menanggap ia adalah gabungan muka baharu dan bintang-bintang sedia ada yang baik namun keserasian itu masih blelum dapat dlihat lagi.

"Ada kombinasi pemain baru dan lama yang menarik. Majoriti pemain beraksi di Piala MFL musim lalu, jadi menarik nak tengok skuad muda ini beraksi.

"Puas hati atau tidak, masih belum boleh cakap kerana skuad ini belum diuji betul betul," komen Nizam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram