'Jauhi cinggey', Sang Kenari mula bangkit, pamer kudrat prospek jangka masa panjang


  • Podium
  • Rabu, 25 Jun 2025

Skuad Kedah Darul Aman sudah mula menjalankan latihan pra-musim.

SKUAD Kedah Darul Aman FC kembali ke padang latihan menjelang musim baharu Liga A1 yang bakal disertai mereka.

Berada dalam proses untuk bangkit semula, perjuangan mesti diteruskan untuk memastikan Sang Kenari tidak rebah walaupun terpaksa berundur ke liga bawahan.

Dengan para pemain sudah kembali berlatih pada Rabu, dilihat Sang Kenari menggunakan keringat muda untuk mengharungi musim baharu.

BACA LAGI: Masih belum ada kelab, Penang-Selangor-Kuching City boleh rekrut bintang warisan tak jadi

BACA LAGI: 'Itu semua tipu,' bintang LaLiga nafi berdarah warisan

Tanpa ramai pemain bintang yang sudah berhijrah ke kelab lain, penyokong Kedah menyambut baik usaha kelab untuk menggunakan pemain muda bagi musim baharu.

Di sebalik pujian, penyokong turut mengingatkan agar kelab menjaga pemain dengan baik terutamanya daripada pengaruh luar yang boleh menganggu prestasi.

Salah satunya adalah mempunyai teman wanita atau cinggey yang dilihat berpotensi menganggu fokus pemain untuk memberikan yang terbaik di padang.

Tindakan menggunakan pemain muda itu dilihat satu perkara wajar oleh Kedah dan sepatutnya sudah lama dilakukan demi menjaga kantung kelab.

"Jaga pemain muda, lagi-lagi yang berkualiti. Cinggey pun kena letak jauh-jauh, modal pun tak keras sangat. Belajarlah dari kesilapan lalu, Insya-ALLAH, pulun Kedah pulun," kata penyokong bernama Zulmajdi Zakaria.

"Jangan cepat putus asa. Berjuang demi anak jati Kedah, pupuk mereka sehingga dikenali," ujar Halim Ibrahim.

"Kami ni kadang-kadang mulut jahat, tapi dalam hati tetap sokong Kedah," komen Ady Leyna. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram