'Lembaran baharu bermula', Ronaldo mahu terus cipta sejarah


  • Podium
  • Khamis, 26 Jun 2025

Ronaldo (kiri) kekal bersama Al Nassr sehingga 2027.

BINTANG bol sepak Portugal, Cristiano Ronaldo terus memberikan komitmen terhadap karier bola sepaknya di Asia apabila mengikat kontrak baharu bersama Al Nassr.

Sebelum ini, terdapat spekulasi yang Ronaldo akan meninggalkan kelab Arab Saudi itu selepas kontraknya hampir tamat.

Namun begiti, Ronaldo pada Khamis, memilih untuk setia bersama Al Nassr dengan mengikat lanjutan kontrak sehingga 2027.

BACA LAGI: Angkara lantang, Safuwan alami nasib 'dibeku' seperti bekas tonggak TFC, bintang JDT

BACA LAGI: [VIDEO] Onana pulang ke tempat asal, pamer bakat lebih baik dari jaga gawang Man United

Menerusi media sosialnya, Ronaldo berkata yang dia bersedia untuk mencipta lebih banyak sejarah bersama kelab itu terutamanya dalam misi memburu 1000 gol dalam kariernya.

Setakat ini, Ronaldo sudah menjaringkan 934 gol dalam kariernya di peringkat kelab dan antarabangsa.

“Babak baharu kini bermula. Semangat yang serupa, impian yang sama. Ayuh kita cipta sejarah bersama,” ujar Ronaldo.

Selain daripada sasaran peribadi, sudah pasti Ronaldo mahu mendapatkan gelaran di peringkat kelab bersama Al Nassr selepas kempen mengecewakan pada musim lalu tanpa sebarang piala.

Dengan Al Nassr tidak akan beraksi dalam kejohanan Asia musim depan, sudah pasti tumpuan Ronaldo adalah untuk membolot segala gelaran domestik walaupun bakal berdepan cabaran sengit Al Hilal, Al Ahli dan Al Ittihad.

Musim lalu, Ronaldo menghasilkan 25 gol dalam 30 perlawanan Liga Pro Saudi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram