Dendam dimarahi kerana markah rendah, remaja 17 tahun suspek utama tikam mati ibu, abang dalam rumah di Melaka


  • Kes
  • Khamis, 12 Jun 2025

Kejadian bunuh yang berlaku di Bukit Rambai, Melaka itu melibatkan seorang guru. — Awani

DAKWA rumah dirompak, rupa-rupanya remaja berusia 17 tahun dikenal pasti sebagai suspek utama kes pembunuhan seorang guru berusia 51 tahun berserta abangnya di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka pada Khamis.

Ketua Polis Melaka, Deputi Komisioner Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal mendapati suspek berasa tertekan dengan kemahuan ibunya yang mahukan dia memperoleh markah tinggi dalam peperiksaan.

"Suspek dikatakan disuruh oleh ibunya untuk cemerlang dalam peperiksaan dan perlu belajar sehingga lewat malam," katanya.

BACA LAGI: Wanita kerja kilang getah ditahan, bantu siasatan kes simbah asid pemilik spa di Bachok

BACA LAGI: Pemandu lori punca nahas FRU ditahan semula sejurus dibebaskan sebab kes curi lembu

Sekumpulan pegawai polis dari Balai Polis Batang Tiga sudah tiba di tempat kejadian untuk menjalankan sisasatan.

Ketika tiba, mereka menemui dua mayat mangsa dan seorang lagi yang terselamat namun mengalami kecederaan.

Menurut siasatan, kejadian tersebut berlaku pada Khamis dengan suspek menikam ibunya berkali-kali di biliknya semasa tidur mengunakan pisau lipat sepanjang 20 sentimeter.

Abang mangsa yang berusia 21 tahun cuba untuk menghalang suspek namun turut terbunuh akibat tikaman tersebut.

Suspek turut menyerang adiknya berusia 13 tahun dan mangsa mengalami kecederaan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka.

Tambah Dzulkhairi, suspek ketika ditemui di tempat kejadian sedang duduk dekat garaj rumah. Suspek kemudiannya menipu pihak berkuasa dengan berkata pembunuhan itu disebabkan oleh rompakan.

Namun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati perkara sebaliknya.

"Kami menjumpai senjata digunakan oleh suspek dalam beg sekolahnya di tempat kejadian. Bila polis tiba, suspek sedang duduk di garaj rumahnya.

"Jiran-jiran juga melaporkan yang mereka sering mendengar pertengkaran anda suspek, ibunya dan adik-beradiknya.

"Kami percaya yang motif pembunuhan adalah kerana dendam kerana suspek tidak gembira dengan desakan ibunya untuk cemerlang dalam pelajaran," jelasnya.

Pihak polis menganggap kes bunuh itu selesai dengan dendam sebagai motif. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram