Bukan sekadar hiburan, kadangkala kiriman meme cara 'halus' ungkap 'saya rindu awak, saya sayang awak'


  • Cinta
  • Selasa, 17 Jun 2025

Seseorang yang gemar menghantar meme kepada rakan biasanya menandakan personaliti unik.

TIDAK semua orang memilih mengekspresikan diri melalui perbualan panjang secara bersemuka atau komunikasi dalam panggilan telefon.

Ada segelintir individu lebih gemar berkomunikasi secara 'senyap', namun penuh makna iaitu melalui kiriman 'meme'.

Sekilas pandang, 'meme' kelihatan seperti sekadar bahan lawak atau hiburan ringan.

BACA LAGI: Kahwin bukan sekadar cinta! Si bujang 'take note' nasihat orang berpengalaman sebelum dirikan rumah tangga

BACA LAGI: Cemburu sampai 'overthinking'? Ketahui 4 cara bijak tenangkan hati demi keharmonian hubungan cinta

Antara meme yang sering dikongsikan pengguna media sosial.

Namun, di sebalik kapsyen lucu dan gambar sinis yang dikongsikan itu tersembunyi lapisan emosi jauh lebih dalam.

Bagi mereka yang memahami, meme sebenarnya berkembang menjadi satu bentuk komunikasi penuh kelembutan, keprihatinan dan kasih sayang tidak diluahkan secara langsung.

Dalam konteks persahabatan dan hubungan rapat, meme sering menyampaikan apa yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata panjang.

Berikut beberapa ciri istimewa sering wujud dalam diri individu yang menjadikan meme sebagai medium komunikasi utama:

1. Mempunyai kepekaan emosi yang tinggi

Individu yang sering menghantar meme biasanya bijak membaca suasana dan emosi orang lain.

Mereka tahu apabila seseorang sedang memerlukan dorongan, hiburan atau sedikit keceriaan.

Meme yang dihantar selalunya tepat pada waktu, walaupun tiada kata-kata dilampirkan.

2. Hargai hubungan, tetapi tidak selesa luah perasaan secara terus terang

Bagi sesetengah individu, ungkapan seperti 'Saya rindu awak' atau 'Saya sayang awak' sukar untuk dilafazkan.

Justeru, meme menjadi alternatif lebih ringan dan tidak mendesak, namun tetap membawa maksud mendalam.

3. Mampu mengekalkan hubungan tanpa perlu komunikasi berterusan

Hubungan jarak jauh atau kesibukan hidup kadangkala membataskan komunikasi.

Namun, satu meme yang dikongsi tanpa sebarang kapsyen pun sudah cukup untuk menunjukkan bahawa hubungan itu masih wujud dan dihargai.

4. Mengingati dalam detik-detik biasa, bukan hanya pada hari istimewa

Segelintir individu tidak menunggu hari lahir atau perayaan untuk menunjukkan perhatian.

Mereka menghantar meme pada hari-hari biasasebagai tanda mereka masih mengingati dan mengambil berat walaupun tanpa alasan tertentu.

5. Menyimpan perasaan mendalam, namun memilih untuk meluahkan secara ringan

Ramai antara mereka adalah individu yang sensitif dan beremosi.

Namun, daripada menulis mesej yang panjang dan berat, mereka lebih selesa menzahirkan rasa melalui humor.

Meme menjadi cara halus untuk menyampaikan perasaan yang sebenar tanpa menjadikan suasana terlalu serius. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram