[VIDEO] 'Suprise' ulang tahun tukar duka, isteri, anak terkejut temukan bapa terbujur kaku di dalam bilik


  • Cinta
  • Khamis, 12 Jun 2025

Difahamkan menerusi video yang sempat dirakam dan tular di media sosial sejak Khamis, kesemua ahli keluarga masuk ke dalam bilik bapanya dengan membawa kek dan nyanyian lagu ulang tahun. — Gambar hiasan/Freepik dijana AI

PILU hati anak apabila melihat sekujur tubuh bapanya yang tidak bernyawa di dalam bilik ketika ingin memberikan kejutan ulang tahun.

Mayat mangsa, Yunus Ariwei yang merupakan Ketua Badan Pengurusan Kewangan dan Aset Wilayah (BPKAD) Daerah Pegunungan Arfak (Pegaf), Papua Barat, Indonesia, ditemui dalam keadaan terbaring seperti sedang tidur pada 5 Jun lalu.

Pada hari kejadian, seluruh ahli keluarga Yunus termasuk isteri dan anak-anaknya merancang untuk membuat kejutan ulang tahunnya yang jatuh pada 6 Jun lepas.

BACA LAGI: Takut hantar anak ke 'playschool', enggan berpisah, ramai ibu kongsi tip 'separation anxiety' demi perkembangan si kecil

BACA LAGI: Ketahui personaliti anda wanita riang, pemalu, berkerjaya dengan 6 gaya galas beg tangan

Mereka juga sudah melakukan persiapan lengkap dengan hiasan lampu dan sebiji kek bersama lilin.

Tangkap layar video memaparkan kejutan ulang tahun yang dilakukan oleh ahli keluarga Yunus (gambar kecil).

Menerusi video yang sempat dirakam dan tular di media sosial sejak Khamis, kesemua ahli keluarga masuk ke dalam bilik bapanya dengan sorakan dan nyanyian lagu ulang tahun.

Mereka pada masa sama cuba mengejutkan mangsa beberapa kali kerana menganggap ayahnya sedang tidur.

Selepas berkali-kali percubaan, isteri mangsa mula panik dan menyedari bahawa suaminya tidak lagi bernafas dan sudah meninggal dunia.

Situasi itu sekali gus membuatkan seluruh ahli keluarga memeluk jasad mangsa sambil menangis.

Bagaimanapun, punca sebenar kematian mangsa masih belum dapat dipastikan lagi setakat ini.

Jenazah arwah Yunus kemudiannya dikembumikan di Rumah Duka Brawijaya, Manokwari, Papua Barat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram