
SELANGOR FC dijangka menerima kehadiran seorang pemain import menjelang saingan Liga Malaysia musim 2025/26, sekali gus menjadi khabar gembira buat penyokong setia Merah Kuning.
Perkembangan itu mula menjadi perbualan selepas pemerhati sukan tanah air, Fadhirul Shuhaimi, berkongsi satu hantaran di media sosial yang secara terbuka membayangkan kehadiran penyerang import baharu ke skuad Gergasi Merah dalam masa terdekat.
"Penyerang kelahiran Brazil, Chrigor Moraes dijangka memperkuatkan Selangor FC bagi harungi saingan musim 2025/26," katanya.
"Musim lalu bersama Buriram United dan PT Prachuap FC, pemain berusia 24 tahun itu telah tampil dalam 37 perlawanan dan mencetak 18 gol keseluruhan," ujarnya.
BACA LAGI: 'Saya tak peduli', Kinoshi enggan layan dakwaan Safuwan 'dibuang' Selangor FC
BACA LAGI: Kalau ada peluang, saya mahu melatih Selangor FC — Honda
Pemain import baharu Selangor FC, Chrigor Moraes. — Instagram/chrigor00
Kehadiran penyerang baharu tersebut dilihat sebagai langkah tepat selepas Selangor mengucapkan selamat tinggal kepada Ronnie Fernandez tidak konsisten sepanjang musim.
Pemain berusia 34 tahun itu menyertai Selangor pada awal musim 2024 dan mencatat 12 gol serta tiga bantuan jaringan dalam 33 penampilan, angka yang dilihat tidak memadai untuk penyerang utama pasukan.
Mengisi kekosongan itu, Selangor dikatakan bakal membawa masuk penyerang kelahiran Brazil, Moraes yang berusia 24 tahun.
Moraes pernah beraksi bersama Buriram United dan PT Prachuap FC di Liga Thailand, dengan rekod meyakinkan 37 penampilan, 18 gol dan tiga hantaran bantuan assist sepanjang musim lalu.
Menariknya, Moraes juga pernah menjadi rakan sepasukan kepada tonggak pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools, ketika mereka sama-sama beraksi di Buriram United.
Dengan ketinggian 1.83 meter serta rekod jaringan yang konsisten, Moraes dilihat mampu memberi impak besar kepada barisan hadapan Selangor musim hadapan.
Jika urusan perpindahan berjalan lancar, kehadiran Moraes dijangka menjadi suntikan berharga dalam misi Selangor memburu kejuaraan pada musim 2025/26. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram