
SEJAK kebelakangan ini, isu wanita yang tertarik kepada suami orang semakin mendapat perhatian.
Golongan itu biasanya terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada anak dara, wanita belum berkahwin (andartu), mahupun janda.
Meskipun tidak melibatkan semua, trend tersebut dilihat semakin ketara dan kian membimbangkan.
Isu itu dipercayai tercetus apabila terdapat segelintir wanita yang cuba bergurau manja dengan suami orang, namun tindakan tersebut sebenarnya boleh membawa kesan buruk dan mencetuskan pelbagai masalah.
BACA LAGI: Keluarga mangsa nahas bas UPSI dapat bantuan tambahan RM10,000
BACA LAGI: JPN tegaskan pengawal keselamatan tak berhak minta, imbas IC orang awam
Antara alasan wanita bujang yang terjebak dengan hubungan sulit ini kerana suami orang itu dianggap lebih memahami. — Gambar hiasan
Mengulas isu yang semakin tular ini, seorang pengguna di laman Facebook, Munirah Mohd Shalleh, tampil berkongsi pandangan peribadinya.
Menurutnya, terdapat beberapa sebab utama yang mendorong sesetengah wanita lebih cenderung memilih suami orang berbanding lelaki bujang.
1. Quality Control
Suami orang ini ibarat kereta terpakai yang sudah diuji kualitinya. Walaupun sudah digunakan, dia masih berfungsi dengan baik, cuma mungkin perlu sedikit 'servis tambahan' terutama jika sudah berumur. Tapi tetap boleh diharap!
2. Ada buku manual
Selain daripada kualiti yang sudah terbukti, suami orang biasanya sudah dididik oleh isteri mereka tentang selok-belok rumah tangga, dari urusan mengemas rumah, menguruskan pakaian, sampai hal-hal dapur. Jadi, wanita yang suka suami orang ini hanya perlu menjaga 'mileage' atau tahap penggunaan saja.
3. Berpengalaman
Suami orang biasanya sudah banyak pengalaman dalam mengurus rumah tangga dan hubungan. Seperti kata orang putih, 'Practice makes perfect'. Mereka sudah mahir dalam banyak perkara dari gosok baju, ambil hati, hingga pandai ‘tipu sunat’.
4. Ada 'feel' tersendiri
Ada wanita yang berasa ada ‘tarikan’ istimewa terhadap suami orang, seolah-olah ia satu cabaran atau pengalaman yang berbeza. Ada pula yang suka ‘thrill’ dan cabaran, mahukan pengalaman ‘hot and spicy’ seperti dating senyap-senyap atau hanya berhubung bila suami orang sedang di pejabat.
5. Nak drama dan cabaran
Ada juga yang tidak mahu hidup bujang yang tenang, tapi memilih kehidupan yang penuh drama dan cabaran, 'Aku nak, aku nak!' rasa macam ada sesuatu yang menarik bila dapat ‘curi’ perhatian suami orang.
Di samping itu, pengguna tersebut turut meninggalkan pesanan 'manis' buat individu yang sanggup menjadi orang ketiga dengan menggilai suami orang sehingga menyebabkan kepincangan dalam rumah tangga wanita lain.
"Buat wanita yang berbangga kerana berjaya ‘mencuri’ suami orang, sebenarnya anda bukanlah ‘heroine’ utama dalam kisah itu, tapi hanya ‘side dish’ yang tidak diiktiraf dalam menu rasmi!.
"Anda ibarat bunga lawang, kayu manis atau bunga cengkih dalam kari ayam, sekadar penyedap rasa, tapi tiada siapa yang benar-benar mahu makan!.
"Memiliki suami orang ibarat membeli barang preloved, nampak cantik di gambar, tapi bila sampai, penuh calar dan cacat dan bila merajuk, nak minta refund! Jadi, renung-renungkanlah," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram