
PEMAIN pertahanan tengah naturalisasi Indonesia, Justin Hubner kini secara rasmi dilepaskan oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolverhampton Wanderers (Wolves) sekali gus membuka ruang buat mana-mana kelab Asia Tenggara mendapatkan khidmatnya.
Susulan daripada itu ada dalam kalangan penyokong bola sepak negara yang teruja untuk melihat melihat pemain itu beraksi untuk pasukan masing-masing sebelum tirai rasmi Liga Malaysia dibuka semula pada Ogos depan.
Manakan tidak, Justin, 21, yang beraksi bersama skuad simpanan Wolves serta menjalani tempoh pinjaman di kelab Belanda, FC Den Bosch, dilihat sebagai salah satu aset pertahanan Asia Tenggara yang bernilai ketika ini.
BACA LAGI: Pernah 'hilang' 12 minggu akibat cedera, Sabah patut fikir 2 kali jika mahu tonggak Newcastle
BACA LAGI: Penyambung warisan Dion Cools, duo Terengganu dan bintang Sabah disebut-sebut 'terbang' ke Thailand
Selain berasal dari sistem pembangunan bola sepak Belanda, pemain berdarah kacukan Belanda dan Inonesia itu turut memiliki pengalaman antarabangsa bersama skuad bawah 23 tahun Indonesia dalam kejohanan seperti Sukan SEA dan Piala Asia B-23.
Terdapat sekurang-kurangnya tiga kelab Liga Super yang dilihat mempunyai keperluan taktikal dan ruang dalam skuad untuk membawa masuk bekas pemain Wolves itu.
1. Selangor FC
The Red Giants memerlukan seorang pemain yang berkaliber untuk menjadi pengganti Safuwan Baharudin (dua dari kanan) di barisan pertahanan. — Gambar/Selangor FC
Bagi Selangor FC, kehilangan sentuhan berpengalaman Safuwan Baharudin di barisan pertahanan mencetuskan keperluan untuk mencari pengganti yang bukan sahaja berkaliber.
Pada masa sama kehadiran Justin dijangka mampu memberikan kestabilan dalam sistem permainan kendalian Ketua Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi.
Justin juga dilihat sesuai mengisi kekosongan itu, terutamanya apabila skuad The Red Giants memerlukan pemain yang mampu memulakan serangan dari belakang.
Gandingannya bersama Mohammad Abualnadi atau Harith Haiqal juga berpotensi menjadi tunjang utama barisan pertahanan Merah Kuning untuk tempoh jangka panjang.
2. Sabah FC
Gabriel Peres dikhabarkan bakal meninggalkan Sabah FC pada musim depan. — Gambar/SabahFC
Kehadiran Justin bakal memberi dimensi baharu kepada skuad Sang Badak yang sebelum ini sering menggunakan khidmat Gabriel Peres sebagai pertahanan tengah, walaupun posisi asal pemain Brazil itu adalah sebagai pemain tengah bertahan.
Kehadiran bek tengah tulen seperti Justin bukan sahaja akan membebaskan Peres untuk kembali ke posisi asalnya atau boleh dijadikan persediaan sekiranya Peres meninggalkan pasukan The Rhinos seperti yang dikhabarkan.
Malah, sekiranya Justin dibawa masuk, pemain berketinggian 1.87 meter mampu membantu memberikan kestabilan kepada struktur bertahan pasukan yang kerap mendedahkan ruang ketika melakukan serangan pantas.
3. Negeri Sembilan FC
Skuad Hobin Jang Hobin dalam fasa rombakan menyeluruh selepas beberapa musim bergelut dengan prestasi tidak menentu. — Gambar/Negeri Sembilan FC
Negeri Sembilan FC yang kini berada dalam fasa rombakan menyeluruh selepas beberapa musim bergelut dengan prestasi tidak menentu turut boleh memanfaatkan kehadiran Justin sebagai teras baharu projek pembinaan semula mereka di bawah kendalian Nidzam Jamil.
Mempunyai pengalaman bermain di Eropah dan pentas antarabangsa, Justin bukan sahaja boleh memainkan peranan utama dalam pasukan utama, malah menjadi contoh dan mentor kepada pemain muda.
Malah, jika Justin dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan mengekalkan konsistensi, kehadirannya juga berpotensi untuk membawa pulangan pelaburan kepada kelab dalam jangka panjang.
Untuk rekod, Justin mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama Indonesia beraksi dalam saingan English Premier League (EPL) pada 2023.
Sekiranya Justin memilih untuk berkelana ke Liga Malaysia, ia bukan sekadar memperkukuh barisan pertahanan mana-mana pasukan, malah mampu meningkatkan nilai komersial dan daya tarikan liga itu sendiri di peringkat serantau. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram