
INFLUENCER media sosial Khabane ‘Khaby’ Lame, yang terkenal di seluruh dunia dengan video komedi tanpa suara, dilaporkan telah ditahan di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Berita penangkapan tersebut dikongsikan aktivis politik, Bo Loudon yang memuat naik kenyataan di platform X (Twitter) dan mendakwa Khaby Lame sebagai pendatang asing tanpa izin.
Ciapnya lagi, Khaby juga telah memasuki Amerika syarikat secara haram tanpa dokumen yang sah.
“ICE di bawah Presiden Trump telah secara rasmi menahan TikToker berhaluan kiri, Khaby Lame. Berdasarkan laman web rasmi DHS, Khaby Lame kini dalam tahanan ICE di Pusat Tahanan Henderson,” katanya.
BACA LAGI : 'Menderu air mata Acu bila dengar takbir', waris meratapi kehilangan 5 sekeluarga maut nahas di Jerantut
ICE ARRESTS viral Senegalese-Italian TikToker Khaby Lame pic.twitter.com/BNGR4T6765
— RT (@RT_com) June 6, 2025
Loudon turut menegaskan bahawa dia bekerjasama dengan pihak berkuasa di bawah pentadbiran Trump untuk menahan Khaby Lame.
“Dia (Khaby Lame) baru sahaja ditangkap di Las Vegas dan kini dalam tahanan ICE. Untuk pengesahan, semak di laman pencari tahanan ICE menggunakan nombor A dan pilih Senegal sebagai negara,” ciapnya.
Meet far-left TikTok star "Khaby Lame."
He's an ILLEGAL ALIEN!
I've been working with the patriots at President Trump's DHS to make this happen.
He was just ARRESTED in Vegas and is in ICE CUSTODY!
To verify, go to ICE's Locator, type the A-number, and Senegal as country. pic.twitter.com/Xx7UVfTgqR
— Bo Loudon (@BoLoudon) June 7, 2025
Selain itu, Loudon berkongsi tangkapan skrin dari laman web pencari tahanan ICE yang menunjukkan Khaby sedang ditahan.
Khaby Lame yang berusia 25 tahun serta memegang kerakyatan Senegal dan Itali, dikatakan kini ditahan di Pusat Tahanan Henderson, Nevada.
Bagaimanapun, sehingga kini belum ada pengesahan rasmi daripada Jabatan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) atau mana-mana pihak berkuasa berkaitan.
Untuk makluman, Khaby Lame mula terkenal ketika pandemik Covid-19 melalui video reaksi ringkas tanpa bercakap di TikTok dan kini merupakan salah seorang TikToker paling popular di dunia dengan lebih 162 juta pengikut setakat 2025.
Khaby juga pernah tersenarai dalam senarai ‘Fortune 40 Under 40’ dan ‘Forbes 30 Under 30’ pada tahun 2022. Tahun ini, Khaby membuat kemunculan sulungnya di acara fesyen bergengsi Met Gala. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram