
MISI besar menanti Harimau Muda dan Nafuzi Zain bagi kempen Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) yang akan membuka tirai pada 3 September depan dengan skuad muda negara diletakkan dalam Kumpulan F.
Ujian getir bakal dihadapi pasukan tersebut kerana mereka diletakkan di samping Mongolia, Lubnan serta negara jiran, Thailand yang masing-masing memiliki rekod baik di pentas antarabangsa.
Jadi, usaha skuad B-23 negara untuk melayakkan diri ke kejohanan yang bakal berlangsung di Arab Saudi pada tahun depan itu sememangnya sukar, lebih-lebih lagi sekiranya tiada persiapan baik dilakukan.
BACA LAGI: 'Yang penting lawan Indonesia menang,' Nafuzi Zain diuji bertemu musuh tradisi Piala Asean B-23
BACA LAGI: [VIDEO] Misi pertama penuh liku, Nafuzi persiap anak buah demi cabaran ke Piala Asia B-23
Skuad B-23 negara diletakkan dalam Kumpulan A bagi saingan Piala AFF B-23. — Facebook/ASEAN United FC
Bagaimanapun, Nafuzi masih boleh menilai kebolehan anak-anak buahnya sebelum kempen itu bermula kerana mereka akan bersaing dalam Kejuaraan Asean B-23 yang juga boleh dilabel sebagai Piala AFF B-23.
Kejohanan tersebut bakal berlangsung di Indonesia bermula 15 sehingga 29 Julai depan dengan Harimau Muda diletakkan dalam Kumpulan A yang turut dibarisi Filipina, Brunei serta tuan rumah.
Pertandingan itu pasti akan menyajikan peluang terbaik buat pasukan muda negara pengan pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim berkata, jurulatih tersebut perlu memandang serius terhadap kedua-dua saingan yang bakal dihadapinya tersebut.
Jelasnya, peluang berdepan Indonesia di peringkat kumpulan bakal menjadi kayu ukur kepada skuad B-23 memandangkan negara itu juga sedang dalam fasa pembangunan semula selepas satu tempoh sukar.
Zulakbal yakin kedua-dua kejohanan bakal ditempuhi Harimau Muda tampil dengan cabaran tersendiri.
"Pada saya, kedua-duanya adalah (cabaran) besar, tetapi jika mengikut kepada ranking, AFC adalah lebih baik. Namun, saingan Piala AFF B-23 adalah saingan dalaman antara negara Asia Tenggara (Asean). Jadi, kita perlu jadi Raja Asean terlebih dahulu.
"Indonesia juga sedang cuba untuk memulihkan diri daripada kelemahan sendiri. Ini kerana skuad B-23 mereka jatuh baru-baru ini dan sedang dalam proses bangkit semula dan ini pastinya menjadi cabaran buat kita," katanya kepada Majoriti.
Untuk rekod, pencapaian terbaik Harimau Muda dalam Piala AFF B-23 adalah apabila mereka menamatkan saingan di pusingan separuh akhir sebanyak dua kali yang menceritakan tahap pasukan berkenaan.
Pencapaian lebih baik sudah tentu diletakkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi edisi kali ini selepas pelaburan besar sudah dibuat dengan reputasi Nafuzi membawa skuad muda diharapkan mampu membawa perbezaan.
Skuad B-23 Indonesia tidak boleh dipandang remeh. — Agensi
Zulakbal yang juga merupakan pemegang professional Diploma Kejurulatihan AFC turut berkata, pengendali skuad B-23 itu perlu berwaspada terhadap pasukan lawan bakal dihadapi, terutamanya dalam kempen Kelatakan Piala Asia B-23.
"Pada pandangan saya, Nafuzi Zain perlu mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pasukan sendiri serta pihak lawan yang bakal dihadapi. Selain itu, dia juga memerlukan data sahih untuk pasukan kita serta mereka yang lain.
"Ini kerana pasukan lawan bagi kempen Kelayakan ke Piala Asia B-23 akan memberi saingan hebat. Walaupun Thailand hanya negara jiran, persaingan hebat untuk kita. Jadi, ia akan menjadi cabaran hebat buat pasukan serta Nafuzi Zain sendiri," katanya lagi.
Setakat ini, jurulatih kelahiran Kelantan itu belum menguruskan sesi latihan buat Harimau Muda, namun sudah terlibat secara langsung untuk sesi skuad kebangsaan kerana sudah beberapa kali kelihatan menyertai Peter Cklamovski. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram