
PENJAGA gol skuad kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman masih belum pasti mengenai masa depannya bersama Selangor FC biarpun baru sahahaja menandatangani lanjutan kontrak bersama pasukan itu pada 20 Mei lalu.
Selain itu, penjaga gol berusia 23 tahun itu kini hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Melaka FC.
Namun, dia menegaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan hala tuju kariernya masih tertakluk kepada pertimbangan pihak pengurusan skuad Gergasi Merah itu, lapor Stadium Astro.
BACA LAGI: Hampir lengkap, 3 tonggak Perak FC termasuk Wan Zack selangkah sarung jersi Harimau Kumbang
Sikh Izhan sebelum ini dipinjamkan ke Penang FC selama semusim. — Instagram/sikhizhan23
"Benar, saya ada berjumpa dengan CEO Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon. Namun buat masa ini, semuanya masih dalam perbincangan dan belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak kelab," katanya kepada pemerhati sukan tanah air, Husna Zainuddin.
Tambahnya, dia menyerahkan sepenuhnya keputusan mengenai masa depannya kepada pihak pengurusan Selangor, sama ada untuk terus kekal atau dipinjamkan sekali lagi.
Setelah dua musim berturut-turut beraksi bersama pasukan lain secara pinjaman, dia kini bersedia menerima apa sahaja keputusan yang terbaik ditetapkan oleh kelab.
"Bagi saya, biarlah pengurusan pasukan yang menentukan kedudukan saya musim depan, sama ada kekal bersama pasukan atau dipinjamkan ke kelab lain.
"Kalau diikutkan, saya sudah dua musim berturut-turut bermain di luar (secara pinjaman), jadi keputusan akhir terletak di tangan mereka," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram