
MIKEL Arteta sudah pun bersama Arsenal selama musim namun begitu kelab itu masih lagi kehausan dari segi kejuaraan.
Selain kejuaraan Piala FA Inggeris yang dimenanginya pada musim 2019/2020, Arteta tidak lagi membawa Arsenal menjadi juara apa-apa pertandingan penting.
Ia membuatkan legenda kelab, Thierry Henry mempertikaikan pencapaian pengurus tersebut kerana baginya, Manchester United mempunyai tempoh masa lebih baik berbandingnya.
BACA LAGI: Lakar sejarah UCL, Arteta-Arsenal makin 'tamak'
BACA LAGI: Arteta dedah hubungi Guardiola, rahsia Arsenal benam Real Madrid kali pertama sejak 2009
Mikel Arteta.
Bagi Henry, Arteta sepatutnya sudah mula mendapatkan kejuaraan dalam beberapa musim kebelakangan ini namun dia tidak berjaya.
“Saya tidak katakan saya kecewa dengan Arsenal tapi ia adalah normal apabila ada pihak yang mempersoal macam mana pasukan anda lakukan.
“Saya faham jika ketika dia (Arteta) tiba di kelab, skuad itu bukan skuad dia, jadi dia perlukan beberapa jendela perpindahan untuk ubah apa yang dia perlukan. Ia mengambil masa dan anda perlu berikan masa kepada pengurus untuk laksanakan apa yang dia mahu buat.
“Sekarang, sudah tiga tahun Arsenal berada dalam situasi yang sepatutnya mereka sudah membawa sekurang-kurangnya satu piala atau memasuki perlawanan akhir,” jelas Henry.
Bagi Henry yang merupakan alumni The Invincibles, dia mengatakan United yang sedang dalam tempoh terburuk mereka masih lebih baik berbanding Arsenal.
Sekurang-kurangnya, United sudah meraih Piala FA semasa Erik ten Hag menjadi pengurus dan layak ke perlawanan akhir Liga Europa sewaktu Ruben Amorim mengetuai pasukan.
“Manchester United bermain dalam lima perlawanan akhir dalam lima tahun terakhir walaupun mereka sering diketawakan. Tetapi Arsenal yang sedang membina skuad pada tiga tahun terakhir, tidak pergi ke perlawanan akhir.
“Jadi saya faham jika ada yang persoal, betul ke Arsenal patut mencabar kejuaraan?,” ulas Henry. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram