Arteta dedah hubungi Guardiola, rahsia Arsenal benam Real Madrid kali pertama sejak 2009


  • Podium
  • Khamis, 17 Apr 2025

Mikel Arteta membimbing Arsenal layak ke separuh akhir UCL musim ini.

ARSENAL menghidupkan peluang untuk mendapatkan kejuaraan pada akhir musim apabila mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) selepas menewaskan Real Madrid pada Rabu.

Kemenangan 5-1 menerusi agregat di peringkat suku akhir itu membolehkan skuad kendalian Mikel Arteta menempah pertemuan dengan Paris Saint-Germain (PSG) dalam misi memburu kejuaraan.

Kemenangan sensasi ke atas Real itu terletak kepada rahsia sebuah perbualan antara Arteta dengan mentornya, Pep Guardiola.

BACA LAGI: Tidak tahan kesilapan Onana-Altay, Man United dilapor pantau bekas penjaga gol Arsenal 

BACA LAGI: Bukan hanya Isak, Liverpool sanggup pecah tabung RM270 juta sailang bek Ajax dari Arsenal

Declan Rice (kiri) dan Bukayo Saka (kanan) kedua-duanya cemerlang membantu Arsenal mengalahkan Real Madrid.

Arteta mendedahkan yang sebelum menentang Real pada perlawanan suku akhir kedua di Santiago Bernabeu, Madrid, Sepanyol, dia menghubungi Guardiola terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat.

Tanpa mendedahkan dengan lanjut mengenai nasihat yang diterima, namun apa yang dikatakan pengurus Manchester City kepada Arteta itu berjaya membantu The Gunners menumbangkan Los Blancos.

"Saya ada mengubungi Pep Guardiola pagi ini (hari bertemu Real) kerana saya fikir jika saya berada di sini adalah kerana dia.

"Sebagai pemain dan jurulatih, dia sudah menjadi inspirasi kepada saya dan dia adalah individu yang berani mempertaruhkan saya untuk menjadi pembantunya.

"Saya mempunyai empat tahun yang mengagumkan bersamanya di Manchester City dan saya sangat bersyukur. Saya sentiasa bersyukur mengenai itu dan kalau bukan kerananya, saya tidak akan di sini," jelas Arteta selepas perlawanan.

Selepas persembahan cemerlang Declan Rice pada aksi pertama yang membolehkan Arsenal menang 3-0, The Gunners hadir ke gelanggang Madrid dengan ancaman kelab itu mahu melakukan remontada atau "kebangkitan" dalam bahasa Sepanyol.

Namun begitu, Arsenal tetap teguh dan jaringan oleh Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli membolehkan mereka layak ke separuh akhir. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram