Lepas Ibrahim Manusi, Kpah Sherman dijangka tinggalkan Sri Pahang bawa diri ke Indonesia


  • Podium
  • Rabu, 28 Mei 2025

Sherman (depan) dilaporkan akan menyertai Persib Bandung.

SELEPAS desas-desus mengatakan Sri Pahang FC akan menarik diri daripada Liga Super musim depan, dilaporkan seramai 10 pemain bersedia meninggalkan kelab.

Namun begitu, berlakunya sesuatu tak diduga apabila kelab itu berjaya mendapatkan lesen kebangsaan dan berpotensi akan terus bermain di Liga Super.

Namun begitu, perkembangan tersebut bukan penghalang beberapa pemain terus meninggalkan kelab dan bersama pasukan baharu.

BACA LAGI: Sah tak beraksi final Piala Malaysia, fans harap Hidalgo ubati kehilangan Kpah Sherman

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas 3 tahun, Kpah Sherman masih kempunan tunjuk 'taring' aksi final lawan JDT

Salah satu nama yang disebut akan meninggalkan Tok Gajah adalah ketua pasukan mereka iaitu Kpah Sherman. Penyerang import dari Liberia itu dikatakan menjadi buruan kelab di Indonesia.

Sherman yang cemerlang untuk Sri Pahang musim ini menjadi topik buruan juara Liga 1 Indonesia iaitu Persib Bandung.

Persib yang mencipta sensasi apabila mempertahankan gelaran liga pastinya mahu menguatkan lagi barisan serangan mereka bagi musim depan.

Mereka juga dilihat mahu lebih tajam di saingan Asia selepas hanya menamatkan saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) di peringkat kumpulan.

Musim ini, Sherman menghasilkan lapan gol dan tiga bantuan jaringan dalam 18 penampilan Liga Super buat Sri Pahang.

Selain Sherman, beberapa pemain Sri Pahang dilaporkan sudah mempunyai kelab baharu seperti Ibrahim Manusi ke Johor Darul Ta'zim dan Azwan Aripin bersama pendatang baharu Liga Super, DPMM FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram