'Sayap' Kenari bakal bawa Imigresen FC terbang tinggi


  • Podium
  • Rabu, 28 Mei 2025

Lebih daripada separuh pemain Kedah dijangka akan menyertai skuad Imigresen musim depan.

KEDAH Darul Aman (KDA) FC sah tidak bertanding dalam Liga Super musim depan, namun mereka masih mempunyai jelmaan dalam bentuk kelab lain.

Hal ini kerana, kelab dari Liga A1, Imigresen FC yang akan menyertai Liga Super musim depan dijangka menjadi membawa bayangan KDA FC.

Bermula dengan usaha menjadikan Stadium Darul Aman, Alor Setar sebagai gelanggang rasmi, kini difahamkan mereka mengatur langkah untuk membawa masuk pemain-pemain Sang Kenari.

BACA LAGI: 'Beri peluang Perak-Kedah ganti Sri Pahang jika tak hantar pasukan hanya tambah masalah'

BACA LAGI: Bakal lalui tempoh 'hibernasi Sang Kenari', Kedah cari platform lain demi kekal relevan, bangkit semula

Imigresen FC dikhabarkan akan dijenamakan semula menjadi Imigresen Kedah FC.

Terdapat laporan mengatakan yang Imigresen akan membawa masuk sekitar 60 peratus pemain Kedah ke dalam skuad mereka bagi memastikan kelab itu tampil kompetitif musim depan.

Malah, dikatakan kelab itu akan dijenamakan semula menjadi Imigresen Kedah FC sebagai usaha untuk menarik sokongan warga tempatan.

Usaha yang cuba dilakukan oleh Imigresen itu dilihat memberikan penyelesaian kepada dua pihak iaitu pemain dan penyokong.

Bagi pemain Kedah yang dibawa masuk menyertai Imigresen, mereka mempunyai kelab baharu dan dijangka lebih stabil dalam urusan pembayaran gaji.

Untuk penyokong pula, ia adalah satu tarikan untuk mereka datang ke stadium dan menyaksikan kelab sementara Sang Kenari mengalami proses 'hibernasi'.

"Kelab mana-mana pun kena ada fan base dia. Usaha untuk tarik 60 peratus pemain utama Kedah adalah strategi yang baik.

"Memang ada 40 peratus di bawah par, ambil pun buat rugi duit pemilik (kelab). Sekarang ni, masa untuk Kedah buat balik dengan gunakan pemain muda secara keseluruhan," kata penyokong bernama Chedin Fatash.

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan bagaimana Imigresen akan bergerak untuk musim hadapan. Seandainya benar, warga Kedah masih boleh menikmati aksi Liga Super walaupun tidak bersorak atas nama Sang Kenari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram