
LIVERPOOL menjanjikan pembinaan semula musim panas yang mengujakan buat para penyokong dengan The Reds bersedia menyambar beberapa pemain baharu.
Menjelang musim kedua Arne Slot, sudah pasti jangkaan akan lebih tinggi selepas dia berjaya membawa pulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim pertama.
Dengan musim kedua melihatkan Slot akan membeli pemain yang lebih sesuai dengan sistemnya, sasaran sudah mula dikunci untuk disambar menjelang kempen 2026/2027.
BACA LAGI: Bintang Liverpool tumpang bangga, pengendali Spurs tak sekadar cakap besar
BACA LAGI: Jadi rebutan Bayern Munich-Real Madrid, Liverpool mahu ‘sailang’ bintang Jerman
Chelsea antara kelab berminat mahukan Pedro.
Laporan di England menyebut, Liverpool dalam usaha mendapatkan pemain Brighton & Hove Albion iaitu Joao Pedro bagi menguatkan serangan musim depan.
Pedro dilaporkan diletakkan pada tanda harga sebanyak £50 juta (RM286 juta) selepas pemain itu menjadi antara bintang paling menyerlah skuad Seagulls musim ini.
Walaupun sekadar beraksi untuk kelab itu sebanyak 27 kali dalam EPL musim ini, Pedro menjadi penjaring terbanyak kelab dengan menghasilkan 10 gol.
Buat masa sekarang, Pedro berada dalam pemerhatian beberapa kelab seperti Arsenal dan Chelsea. Akan tetapi, belum ada mana-mana kelab pun menghantar bidaan rasmi terhadap Pedro.
Namun begitu, Liverpool dilaporkan akan melakukan bidaan dalam masa terdekat sekiranya selesai menguruskan perpindahan Florian Wirtz, Jeremie Frimpong dan Milos Kerkez.
Dengan peluang beraksi di Liga Juara-Juara UEFA (UCL), pastinya ia akan membuka peluang untuk Pedro menjadi melebarkan sayapnya dan berkembang sebagai pemain.
Dari perspektif Liverpool pula, perpindahan untuk mendapatkan Pedro dilihat penting kerana ia dapat membantu Slot menyingkirkan beberapa penyerang tumpul dalam skuadnya.
Liverpool dikatakan bersedia untuk melepaskan beberapa pemain seperti Darwin Nunez dan Diogo Jota yang dilihat tumpul di depan gol.
Jota (kiri) dan Nunez (kanan) dijangka akan dilepaskan Liverpool.
Walaupun beraksi sebanyak 30 kali dalam EPL musim ini, Nunez sekadar menjaringkan lima gol. Manakala Jota yang sering dihimpit kecederaan cuma menghasilkan enam gol dalam 26 penampilan liga.
Pedro yang mempunyai tiga kaps penampilan bersama skuad kebangsaan Brazil dilihat versatil kerana boleh bermain sebagai penyerang utama dan sayap kiri.
Dengan posisi Nunez dan Jota sering diletakkan adalah sama dengan Pedro, Liverpool dilihat cuba mencari penyelesaian dua dalam satu bagi musim baharu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram