
BEKAS pemain Sri Pahang FC, Muhammad Gopi Rizqi berharap kelab itu dapat dipertahankan dan terus kekal dalam bola sepak Malaysia.
Bagi pemenang Piala Malaysia 2014 bersama Tok Gajah, Gopi menganggap Sri Pahang adalah sebuah kelab warisan dan ia harus dipertahankan daripada 'terkubur'.
Bagi Gopi, Sri Pahang merupakan degup jantung bola sepak di Pantai Timur.
BACA LAGI: 'Beri peluang Perak-Kedah ganti Sri Pahang jika tak hantar pasukan hanya tambah masalah'
BACA LAGI: Bukan Selangor, Patrick Vieira Sri Pahang mungkin lencong ke JDT
Sri Pahang masih mendapat lesen kebangsaan untuk musim depan.
"Saya harap pasukan bangkit lebih kuat dan kembali jadi pencabar utama. Saya juga berharap lebih ramai pemain muda diberi peluang untuk menyerlah," kata Gopi seperti dilaporkan pengelola Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Segalanya bergantung kepada keputusan yang akan mengukir sama ada lembaran baru atau noktah yang memilukan. Ketika pemain lama dan baharu, penyokong setia dan bekas wira bersatu menyuarakan harapan agar kelab itu terus kekal di Liga Super.
Dalam pada itu, penjaga gol Tok Gajah itu Zarif Irfan berkata, legasi Sri Pahang harus dipertahankan untuk mengelak daripada terkubur.
“Saya sangat berharap yang pasukan kami untuk kekal bermain di Liga Super untuk tidak mematikan sejarah dan nama bola sepak Pahang dalam negara kita," ujar Zarif.
Zarif percaya kekuatan pasukan ini bukan pada nama semata, tetapi pada semangat dalam setiap pemain yang melambangkan satu keluarga yang bersatu, tiada jurang antara muda dan berpengalaman. Mereka bangkit, jatuh, dan berjuang bersama.
Setakat ini, laporan menyebut seramai 10 pemain Sri Pahang akan meninggalkan kelab dan menyertai pasukan baharu musim depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram