Ketibaan Ibrahim Manusi, tak mustahil Nazmi Faiz-Endrick ditunjukkan jalan keluar dari JDT


  • Podium
  • Isnin, 26 Mei 2025

Ibrahim Manusi menghampiri perpindahan ke JDT.

SEBELUM ini, kita didengarkan dengan ketibaan pemain Sri Pahang FC iaitu Ibrahim Manusi ke Selangor FC.

Namun begitu, laporan terkini mendapati pemain itu dijangka akan beraksi buat Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas persembahan baik ditonjolkan olehnya musim lalu.

Dengan ketibaan Ibrahim, pastinya akan membuka jalan kepada pemain yang berada di posisinya untuk pergi dan meninggalkan JDT dan mencari kelab baharu.

BACA LAGI: Ibrahim Manusi hampiri pintu keluar Sri Pahang, kelab Lembah Klang disebut jadi destinasi

BACA LAGI: Bukan Selangor, Patrick Vieira Sri Pahang mungkin lencong ke JDT

Nazmi Faiz Mansor

Nama pemain tengah ini sudah berada dalam senarai pemain JDT sejak musim 2026 dan musim hadapan akan menggenapkan tempoh sedekad Nazmi Faiz bersama Harimau Selatan.

Akan tetapi, tempohnya bersama JDT tidaklah semudah disangka. Dia sering diletakkan di bangku simpanan malah pemain itu pernah memberikan isyarat mahu meninggalkan JDT.

Hampir sedekad Nazmi Faiz di JDT.

Namun begitu, sumbangan Nazmi kepada JDT musim ini agak baik. Dalam Liga Super, dia beraksi 18 kali sambil mencatatkan lima bantuan gol selain menjadi watak penting dalam Piala Malaysia dengan empat bantuan gol.

Dengan ketibaan Ibrahim mungkin akan menjadi cabaran buat Nazmi. Namun begitu, kualiti akan membantunya kekal di kelab.

Endrick dos Santos

Seorang lagi pemain yang mungkin berdepan kesukaran dengan ketibaan Ibrahim adalah Endrick dos Santos.

Pemain naturalisasi kebangsaan itu musim ini banyak menghabiskan masa di luar negara dengan beraksi bersama Ho Chi Minh City dekat Vietnam.

Endrick (tengah) cemerlang di Vietnam.

Bersama kelab itu, Endrick menghasilkan 23 penampilan sambil menyumbang dua gol dan lima bantuan gol selain menjadi watak penting pasukan.

Walaupun menyerlah, namun dia harus waspada dengan ketibaan Ibrahim supaya namanya tidak sekali tersisih daripada skuad JDT.

Hong Wan

Seorang lagi pemain yang perlu memberikan perhatian kepada ketibaan Ibrahim adalah pemain tengah, Hong Wan.

Hong Wan merupakan pemain berbakat yang sentiasa menjadi tumpuan. Namun begitu, musim ini, pemain tersebut terpaksa menghabiskan banyak masa kerana kecederaan.

Musim Hong Wan (tengah) terganggu kerana kecederaan.

Ia hanya menghadkan pemain itu kepada 13 penampilan sepanjang musim untuk JDT. Walaupun begitu, dia masih dipanggil untuk skuad kebangsaan oleh Peter Cklamovski.

Hong Wan dan Ibrahim boleh beraksi di posisi serupa. Oleh itu persaingan hebat pastinya berlaku melibatkan dua pemain untuk memasuki kesebelasan utama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram